awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perlis, negeri pertama diisytihar zon hijau

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/04/2020
11:48 MYT
COVID-19: Perlis, negeri pertama diisytihar zon hijau
Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, negeri-negeri utara termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak mencatatkan penurunan kes positif COVID-19. - Gambar BERNAMA
Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan melebihi dua minggu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, negeri-negeri utara termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga dilihat mencatatkan penurunan kes secara mendadak.
Beliau menjelaskan, jika ada antara negeri-negeri itu yang merekodkan kes jangkitan sifar untuk tempoh melebihi dua minggu maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkannya sebagai zon hijau.
"KKM akan terus memantau rapat negeri-negeri itu," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini pada Khamis.
Dalam perkembangan berlainan, Noor Hisham memberitahu, pihaknya menggalakkan sukarelawan untuk berkhidmat dengan KKM bagi membantu petugas barisan hadapan itu untuk menangani wabak COVID-19.
Pun begitu beliau menjelaskan, KKM perlu melihat kepakaran setiap sukarelawan yang memohon untuk berkhidmat.
"Memang ramai yang mohon untuk menjadi sukarelawan tetapi mungkin tiada kepakaran. Kita juga kena lihat di mana boleh tempatkan mereka, sama ada di wad, unit rawatan rapi (ICU) atau tempat sesuai," katanya.
Pada masa yang sama beliau menambah, KKM juga perlu melihat pada kemampuan dan keperluan semasa di wad dan ICU.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#KKM
#MCO
#Noor Hisham Abdullah
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan