awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pesakit kanak-kanak tanpa gejala juga boleh dapat MIS-C - Pakar

Israr Khalid
Israr Khalid
24/02/2022
01:25 MYT
COVID-19: Pesakit kanak-kanak tanpa gejala juga boleh dapat MIS-C - Pakar
Risiko mengalami MIS-C adalah lebih rendah sekiranya kanak-kanak itu sudah divaksin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak mengalami sebarang simptom atau digelar asimptomatik, juga berisiko diserang Sindrom Keradangan Multisistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C).
Menurut Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Tunku Azizah Dr Sabeera Begum Kader Ibrahim, tanda-tanda sindrom itu hanya akan mula muncul sekitar dua minggu selepas jangkitan.
Jelas beliau, MIS-C berlaku disebabkan tindak balas selepas jangkitan COVID-19 itu, di mana immuniti pesakit dalam organ-organnya melawan virus, menyebabkan berlakunya radang.
“Ini berlaku selepas dia sihat daripada jangkitan COVID-19 itu, sudah sembuh batuk dan selsemanya, kadang-kadang yang Kategori 1 asimptomatik pun (boleh alami).
“Dia dijangkiti mungkin sebab ada ahli keluarga yang dapat COVID-19, tidak ada simptom, tetapi selepas dua minggu baru nampak keradangan itu menyerang tubuhnya di jantung, paru-paru, otak, mata dan kulit.”
Justeru, beliau yang juga Ketua Perkhidmatan Pediatrik Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan, ibu bapa dan penjaga perlu mengetahui sifat MISC-C tersebut.
Apabila mereka boleh mengenal pastinya, mereka mampu segera mendapatkan rawatan sekiranya ia berlaku pada anak atau jagaan mereka.
Tanda berlakunya MIS-C, katanya, boleh dilihat apabila mata dan kulit kemerahan, terjadi sakit perut dan muntah-muntah.
Jika ini terjadi, mereka perlu segera bertindak kerana sindrom ini boleh membawa maut.
Setakat ini, dilaporkan sekitar 160 peratus peningkatan kes jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun, iaitu 63 kematian dalam tempoh enam bulan terakhir ini - beberapa daripadanya membabitkan MIS-C.
“Ia mesti segera dikenal pasti dan dirawat sebaiknya. Kebanyakan pesakit MIS-C ini memerlukan rawatan rapi kerana ia menyebabkan seseorang itu tenat.
“Selalunya mereka yang datang ini tekanan darahnya rendah, kadar degupan jantungnya tinggi, badan merah dan merengek, jadi terpaksa dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU).”
Sehubungan itu, tegas Dr Sabeera, hanya vaksinasi ‘senjata’ yang dapat merendahkan risiko MIS-C berlaku kepada kanak-kanak sekiranya dijangkiti COVID-19.
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 asimptomatik juga boleh mendapat MIS-C
Agenda AWANI: Lindungi kanak-kanak, elak MIS-C
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#MIS-C
#COVID-19
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan