Skip to main content

Malaysia

Saya hadir beri keterangan di Bukit Aman sebagai saksi - Pensyarah UIA

POSSA
Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan pada Jumaat turut mempersoalkan motif Bukit Aman memanggil Syaza Farhana pada 10 Mac lepas.

KUALA LUMPUR: Pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Prof Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata kehadirannya ke Bukit Aman pada 10 Mac lepas adalah sebagai saksi siasatan polis berkaitan laporan sebuah media yang memetik kenyataannya pada 2024.

Beliau berkata kehadirannya ke Bukit Aman itu juga bukan sebagai suspek dalam siasatan polis berhubung pandangannya yang disiarkan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Dis 2024 berkaitan peranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh.

Advertisement

“Jadi, saya nak jelaskan… polis panggil saya pun bukan sebab nak siasat quote (petikan) saya tu... tetapi sebagai saksi. Sesi soal siasat berlangsung selama satu jam setengah.

"Memang dari waktu mereka (polis) panggil tu, memang dah saya (rasa) pelik. Saya tanya, sebab apa? (sebab saya dipanggil) dan (mereka jawab) sebagai saksi sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Semetara itu, Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan semalam turut mempersoalkan motif Bukit Aman, dengan menegaskan kenyataan Syaza Farhana dibuat dengan niat baik dan mencerminkan kebebasan akademik di Malaysia serta kebebasan universiti daripada campur tangan politik.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video