awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKDKP nafi perebakan kes di Kuala Pilah

Bernama
Bernama
04/01/2023
10:27 MYT
COVID-19: PKDKP nafi perebakan kes di Kuala Pilah
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah (PKDKP) menafikan berlaku perebakan kes COVID-19 di kawasan Pasir Ambor dan Juasseh, Kuala Pilah seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah (PKDKP) menafikan berlaku perebakan kes COVID-19 di kawasan Pasir Ambor dan Juasseh, Kuala Pilah dekat sini seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai hari ini.
PKDKP dalam kenyataan hari ini mengesahkan terdapat satu kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) di kawasan berkenaan, namun tiada sebarang perebakan dalam kalangan kontak rapat dan penduduk dikesan di kawasan sekitar.
"Pengurusan jenazah kes COVID-19 dilaksanakan mengikut tatacara terkini iaitu pihak PKD, membenarkan waris bersama-sama menguruskan jenazah. Kami sentiasa komited dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung dan dipantau dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut semua kontak rapat yang didapati tidak bergejala dan berstatus negatif COVID-19, tetap diberikan pendidikan kesihatan.
Justeru PKDKP meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menganggu ketenteraman awam, selain menyeru masyarakat mendapatkan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi dan kemudaratan apabila dijangkiti COVID-19.
Terdahulu, tular mesej di aplikasi WhatsApp antaranya melarang orang ramai pergi ke kawasan Pasir Ambor dan Juasseh kerana wabak COVID-19 merebak di kawasan itu susulan kematian seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKDKP
#perebakan kes
#COVID-19
#Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan