Skip to main content

Malaysia

COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Pahang tamat esok - MKN

51633350510_RodziMdSaad.jpg
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis di Pahang ditamatkan esok. 

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD di dua lokaliti itu ditamatkan setelah pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

Katanya, PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1 yang bermula pada 12 November lalu ditamatkan mengikut jadual.

Beliau berkata, PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1 yang bermula pada 6 November pula ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan pada 3 Disember.

Dalam kenyataan harian mengenai PKPD itu, Rodzi turut memaklumkan tiada pengumuman mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD hari ini.

Advertisement

Must Watch Video