PUTRAJAYA:Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.
Jelas Perdana Menteri, ia langkah untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan.
"Saya akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan (frontliners) sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.
"Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan memastikan bekalan vaksin dapat diperolehi pada kadar segera.
"Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021," katanya semasa perutusan khas mengenai vaksin COVID-19 yang dibuat secara maya hari ini.
BACA: Vaksin COVID-19: Kerajaan tandatangan perjanjian dengan AstraZeneca
Dalam pada itu, jelas Muhyiddin, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin setelah diperolehi dan digunakan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menawarkan diri menjadi orang pertama di Malaysia untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sambil menyifatkan dirinya sebagai ‘panglima perang’, beliau bersedia untuk diuji dengan vaksin tersebut.
Selain Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim turut menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan parlimennya untuk menerima suntikan berkenaan.
Di luar negara, bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengambil dos suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Christiana di Newark, Delaware.
Ia disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada Isnin, sebagai sebahagian usaha pemimpin AS meyakinkan rakyat tentang keselamatan vaksin tersebut.
Astro Awani
Tue Dec 22 2020
Perdana Menteri berkata, kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Israel larang penduduk Lubnan ke selatan
Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, memberi amaran kepada rakyat Lubnan untuk tidak menuju ke selatan negara tersebut.
Menerusi hantaran di X, Adraee menegaskan penduduk yang melanggar larangan tersebut akan membahayakan diri mereka.
Menerusi hantaran di X, Adraee menegaskan penduduk yang melanggar larangan tersebut akan membahayakan diri mereka.
Gantz desak tindakan berani Israel selepas amaran Trump
Pemimpin Pembangkang Israel, Benny Gantz, menggesa Israel untuk bertindak lebih berani dalam usaha membebaskan tebusan yang masih ditahan di Gaza.
Kenyataan itu menyusul di X beliau selepas bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran berkenaan padah yang akan ditanggung Asia Barat berhubung isu tersebut.
Kenyataan itu menyusul di X beliau selepas bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran berkenaan padah yang akan ditanggung Asia Barat berhubung isu tersebut.
Gaza catat jumlah kanak-kanak ‘kudung’ tertinggi di dunia
Gaza dilaporkan sedang bergelut dengan krisis keupayaan fizikal yang semakin merucing susulan kekejaman rejim Zionis ke atas penduduknya terutamanya kanak-kanak.
Menurut Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X, krisis itu menyaksikan Gaza mencatatkan bilangan kanak-kanak ‘kudung’ tertinggi di dunia.
Menurut Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X, krisis itu menyaksikan Gaza mencatatkan bilangan kanak-kanak ‘kudung’ tertinggi di dunia.
Parlimen Korea alami kerosakan infrastruktur
Beberapa kerosakan infrastruktur dilaporkan berlaku di bangunan parlimen Korea Selatan pada awal pagi Rabu.
Menurut media antarabangsa, insiden itu menyusul selepas pengumuman pengisytiharan undang-undang tentera dibuat presiden Yoon Suk Yeol.
Menurut media antarabangsa, insiden itu menyusul selepas pengumuman pengisytiharan undang-undang tentera dibuat presiden Yoon Suk Yeol.
[TERKINI] Konflik Korea Selatan: Yoon tarik balik pengisytiharan darurat
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, pada Rabu menarik balik pengisytiharan darurat ketenteraan yang diumumkannya beberapa jam sebelumnya, selepas mendapat tentangan hebat daripada Parlimen.
White House lega Presiden Yoon tarik balik undang-undang tentera
Pentadbiran AS menghormati undian Dewan Negara Korea untuk membatalkan pengisytiharan itu.
Anak muda perlu bijak mencari peluang - Gusmao
Pada masa sama ujar Gusmao, antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda yang dipimpin. Namun jelasnya, golongan ini juga perlu bijak mencari peluang sendiri tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan.
Usaha membangunkan negara baharu perlu visi jelas - Gusmao
Usaha membangunkan sebuah negara baharu seperti Timor Leste memerlukan visi yang jelas dari kepimpinannya. Menurut Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao, visi yang jelas bagaimanapun tidak akan dapat diterjemahkan dalam tempoh masa singkat.
Malaysia sentiasa menyokong penyertaan Timor Leste dalam ASEAN
Malaysia merupakan negara yang menyatakan sokongan kepada timor leste untuk menyertai blok ASEAN. Perkara itu dikongsi Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao yang turut berkata banyak perkara yang perlu dicapai oleh Dili dalam usaha menyertai blok tersebut
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.