MALAYSIA

COVID-19: Sabah masih catat jumlah tertinggi kes positif, ini 5 perkara penting sidang media KKM

Astro Awani 31/10/2020 | 10:44 MYT
Sebanyak 659 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes baharu pada 31 Oktober.

Berikut adalah lima perkara penting sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

BACA: COVID-19: 1,000 kes sembuh, paling tinggi setakat ini

1. 1,000 kes pilih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan 21,248 kes.

2. 659 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 31,548 kes.

3. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 10,051 kes.

4. Tiada kematian dan kluster baharu direkodkan.

5. Sabah masih negeri tertinggi kes positif dengan 529 kes.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

Status terkini COVID-19


#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #kes positif #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Sabah #tiada kluster baharu #etua Pengarah Kesihatan