awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu lagi kluster baharu di Kuala Lumpur, Selangor, Johor

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/10/2020
11:25 MYT
COVID-19: Satu lagi kluster baharu di Kuala Lumpur, Selangor, Johor
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 52 daerah dilaporkan menjadi zon kuning sementara 19 lagi menjadi zon merah di seluruh Semenanjung. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR :Satu lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, dinamakan Kluster Kencana melibatkan kes di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beberapa kawasan di Selangor yang terlibat termasuk daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak manakala di Kuala Lumpur (Cheras) dan Johor (Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian).
Beliau memberitahu, kes indeks bagi kluster berkenaan melibatkan kes ke-13,805 yang dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Berikutan itu, saringan kontak rapat yang dijalankan telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19 yang melibatkan kluster ini," katanya dalam sidang akhbar menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, pada Rabu.
Dr Noor Hisham berkata, setakat pukul 12 tengah hari Rabu, 23 individu telah disaring dengan 17 kes dikesan positif manakala dua lagi masih menunggu keputusan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan berikutan peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa daerah di Semenanjung yang telah berubah menjadi zon kuning dan merah
Setakat Rabu katanya, sebanyak 52 daerah dilaporkan menjadi zon kuning sementara 19 lagi menjadi zon merah.
"Pelbagai tindakan diambil KKM misalnya dengan menjalankan pengesanan kes aktif, meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyah kuman, serta meningkatkan ujian, pengesanan dan pengasingan," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kluster Kencana
#kes saringan bergejala
#Kuala Lumpur
#Selangor
#Johor
#positif
#COVID-19
#KKM
#zon merah
#zon kuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan