awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/01/2021
01:44 MYT
COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster
POIS adalah program saringan di semua kilang, tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan perebakan.
SHAH ALAM :Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Program ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja.
Langkah itu diambil selepas mengenalpasti kilang-kilang di seluruh Negeri Selangor sebagai kawasan utama perebakan wabak.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, POIS adalah program saringan di semua kilang, tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan perebakan.
Menurut Amirudin, POIS akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).
"Bagi mengelakkan tercetus kluster-kluster baru di kilang dan tempat kerja, Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan tegas dan menutup kilang yang menyembunyikan kes positif dalam kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama untuk aktiviti pengesanan kontak rapat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tindakan berkenaan adalah antara hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan COVID-19 Negeri Selangor yang dipengerusikannya semalam, antara lain membincangkan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Selangor.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan untuk menambah pusat Covid Assessment Center (CAC) terutama di daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak.
"CAC berperanan untuk menganalisa pesakit COVID-19 bagi dikelaskan mengikut kategori tertentu sebelum dibawa ke pusat kuarantin ataupun hospital untuk rawatan lanjut. JKNS turut memaklumkan bahawa Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang telah ditambah fasiliti dan mampu menampung tambahan 6,000 orang pesakit. Fasiliti khas seperti khemah ICU dan peralatan perubatan turut telah disediakan," tambah Amirudin lagi.
Selain itu, JKNS akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari yang sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
"Taklimat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menjelaskan bahawa peningkatan kes ini disumbang oleh beberapa faktor utama. Antaranya ialah kes kumulatif (backlog cases) dari saringan pekerja kilang, saringan di penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus ataupun ‘real time’. ‘Backlog’ ini boleh dikesan dari kes yang berlaku 10 hari yang lalu," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru rakyat untuk bersama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mengamalkan pematuhan SOP, sentiasa memakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal.
Saya telah memanggil mesyuarat khas berikutan peningkatan kes COVID-19 semalam. Peningkatan kes disumbang oleh kes kumulatif dari saringan pekerja kilang, saringan di penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta yg tidak dilaporkan secara terus. Ini menyebabkan backlog pic.twitter.com/910iC7A1a1
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) January 30, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#naik
#mendadak
#PKRC
#rakyat
#kesihatan
#kerajaan
#Selangor
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan