COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikesan, empat di Sabah

Umavathi Ramayah
Oktober 25, 2020 10:56 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada kluster baharu itu dikesan di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sembilan lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada kluster itu direkodkan di Sabah manakala lima lagi kluster dikesan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Sarawak.
Kluster di Sabah dikenali sebagai Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul.
Sementara Kluster Mentari pula dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Empat lagi kluster adalah Kluster Jernih di Negeri Sembilan, Kluster Bayan di Pulau Pinang dan Kluster Seladah di Sarawak.
Dalam pada itu Kluster Makekar pula dikesan di Johor, Terangganu dan Selangor.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Perincian mengenai kluster-kluster itu adalah seperti berikut:
1) Kluster Titir
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-20,232 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).
  • 2) Kluster Omadal
  • Kes indeks bagi kluster adalah kes ke-21,073 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 (sembilan kes baharu) sementara 167 individu negatif.
  • 3) Kluster Bandaran
  • Kes indeks bagi kluster adalah kes ke-18,471 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu) sementara 29 kes dikesan negatif.
  • 4) Kluster Jambul
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-14,932) yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu), 20 individu negatif manakala diua individu lagimasih menunggu keputusan.
  • 5) Kluster Bayan
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-22,930) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu), 60 individu negatif dan 150 individu lagimasih menunggu keputusan.
  • 6) Kluster Mentari
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-24,394 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 93 individu telah disaring di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 (lima kes baharu), 10 kes dilaporkan negatif dan 66 individu lagi masih menunggu keputusan.
  • 7) Kluster Jernih
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-24,435 hingga kes ke-24,438 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Oktober 2020 dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu) dan 61 individu masih menunggu keputusan.
  • 8) Kluster Seladah
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-24,448 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 18 individu telah disaring di mana Tujuh kes dikesan positif COVID-19 (empat kes baharu), empat individu dikesan negatif dan tujuh individu masih menunggu keputusan.
  • 9) Kluster Makekar
  • Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-23,800 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.
  • Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan lagi kes positif COVID-19.
  • Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu), 106 individu dikesan negatif COVID-19 dan 16 individu masih menunggu keputusan.
  • #Kluster baharu #COVID-19 #saringan di tempat kerja #saringan individu bergejala #kes baharu