awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua daerah di KL dikategorikan zon merah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/04/2020
06:45 MYT
COVID-19: Semua daerah di KL dikategorikan zon merah
Setakat jam 12 tengah hari Ahad, Malaysia mencatatkan sebanyak 3,662 kes positif COVID-19 dengan 61 kematian. Gambar/ Astro AWANI.
Semua empat daerah di Kuala Lumpur kini diklasifikasikan sebagai zon merah COVID-19 berikutan peningkatan kes yang tinggi termasuk pertambahan 44 kes positif di Cheras.
Mengikut maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin, secara keseluruhan terdapat sebanyak 18 kawasan zon merah di seluruh negara.
Setakat ini, bilangan kes positif terkini di Kuala Lumpur adalah sebanyak 622 kes dengan menyaksikan Lembah Pantai mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 376 kes.
Sementara Kepong sebanyak 112 kes; dan Titiwangsa (90 kes);
#COVID19Malaysia Taburan kes mengikut negeri dan daerah sehingga 12pm, 5 April. Pertambahan zon merah kepada 18 dengan terbaru Cheras. Duduk di rumah dan penjarakan sosial mampu memutuskan rantaian jangkitan #COVID19. pic.twitter.com/gW8ndqPzRB
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 6, 2020
Daerah lain yang turut dikategorikan sebagai zon merah iaitu melebihi 41 kes adalah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor); Seremban (Negeri Sembilan); serta Batu Pahat, Johor Bahru, dan Kluang (Johor).
Selain itu, Hilir Perak dan Kinta (Perak); Kota Bharu (Kelantan); Kuching (Sarawak); dan Tawau (Sabah).
Setakat jam 12 tengah hari Ahad, Malaysia mencatatkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 3,662 kes dengan 61 kematian.
Topic Berkaitan
#Cheras
#COVID-19
#Johor Bahru
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Klang
#Kuala Lumpur
#Negeri Sembilan
#Tawau
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan