awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada kes kematian, 100 kes pulih, 38 kes baharu

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2020
08:51 MYT
COVID-19: Tiada kes kematian, 100 kes pulih, 38 kes baharu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes kematian akibat virus itu kekal sebanyak 98 kes.
Malaysia terus mencatatkan perkembangan yang positif apabila tiada kes kematian melibatkan COVID-19 dilaporkan pada hari ini (26 April 2020).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes kematian akibat virus itu kekal sebanyak 98 kes.
"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Pada masa sama, 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 3,862 kes (66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
"Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan," tambahnya.
Pada masa sama, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujar Dr Noor Hisham lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#crisis
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan