awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2026
08:10 MYT
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Simulasi rasmi menunjukkan pesawat Jeju Air yang terkorban di Muan pada Disember 2024 boleh diselamatkan tanpa struktur konkrit di hujung landasan. -Gambar fail/AP
SEOUL: Semua penumpang pesawat Jeju Air yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Disember 2024 berkemungkinan besar dapat diselamatkan sekiranya tiada struktur konkrit di hujung landasan yang tidak menepati piawaian keselamatan antarabangsa, menurut Ahli Parlimen Korea Selatan, Kim Eun-hye.

Ringkasan AI
  • Ahli Parlimen Korea Selatan, Kim Eun-hye, menyatakan penumpang pesawat Jeju Air yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Disember 2024 berpotensi selamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan yang tidak mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
  • Simulasi rasmi menunjukkan pesawat berpotensi berhenti dalam jarak 770 meter tanpa struktur konkrit, mengelakkan kecederaan parah kepada penumpang.
  • Laporan simulasi juga mengesahkan bahawa kehadiran struktur konkrit di hujung landasan tidak mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh ICAO, memunculkan isu keselamatan lapangan terbang luar bandar di Korea Selatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, Kim yang juga ahli Jawatankuasa Khas Parlimen dwipartisan mengenai nahas itu berkata simulasi rasmi yang dijalankan oleh sebuah institut kejuruteraan struktur mendapati impak awal pesawat ketika mendarat tidak cukup kuat untuk menyebabkan kecederaan parah.
“Tanpa struktur konkrit itu, pesawat berkemungkinan besar akan meluncur sejauh kira-kira 770 meter sebelum berhenti, dan semua penumpang mungkin terselamat,” katanya sambil memetik dapatan utama laporan simulasi yang dikendalikan oleh Lembaga Penyiasatan Nahas Penerbangan dan Kereta Api.
Menurut beliau, simulasi itu turut menyimpulkan bahawa sekiranya kemudahan navigasi di hujung landasan disokong oleh struktur yang boleh pecah secara terkawal, pesawat hanya akan melanggar pagar perimeter dan kemungkinan besar hanya menyebabkan kecederaan ringan.
“Struktur konkrit yang menyokong antena sistem pendaratan instrumen (ILS) itu tidak memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya.
Pesawat Jeju Air Penerbangan 2216 yang berlepas dari Bangkok pada 30 Disember 2024 mengalami kerosakan enjin selepas terkena kawanan burung semasa menghampiri landasan.
Ia melakukan pendaratan kecemasan tetapi terbabas dan melanggar struktur konkrit sebelum terbakar, mengakibatkan 179 kematian daripada 183 penumpang dan anak kapal.
Pejabat Kim bagaimanapun enggan mendedahkan laporan penuh simulasi tersebut.
Korea Airports Corporation yang mengendalikan Lapangan Terbang Muan menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan sebarang komen sehingga hasil siasatan akhir diumumkan.
Lembaga penyiasatan kerajaan juga belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan media.
Insiden ini mencetuskan perdebatan hangat mengenai tahap keselamatan lapangan terbang luar bandar di Korea Selatan serta keperluan menilai semula penempatan struktur tetap di kawasan kritikal seperti hujung landasan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah faktor utama yang menyebabkan penumpang pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan berpotensi dapat diselamatkan? A: Tiada struktur konkrit di hujung landasan yang tidak mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa menjadi faktor utama yang menyebabkan penumpang berpotensi diselamatkan.
  • Q: Berapakah jarak yang pesawat Jeju Air berkemungkinan luncur sebelum berhenti sekiranya tiada struktur konkrit di hujung landasan? A: Pesawat berkemungkinan luncur sejauh kira-kira 770 meter sebelum berhenti tanpa struktur konkrit di hujung landasan.
  • Q: Apakah kesimpulan simulasi yang dijalankan oleh sebuah institut kejuruteraan struktur berkenaan impak awal pesawat ketika mendarat? A: Simulasi menunjukkan bahawa impak awal pesawat ketika mendarat tidak cukup kuat untuk menyebabkan kecederaan parah kepada penumpang.
  • Q: Mengapa struktur konkrit yang menyokong antena sistem pendaratan instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dikritik? A: Struktur konkrit tersebut tidak memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Korea Airports Corporation berkenaan insiden pesawat Jeju Air? A: Korea Airports Corporation menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan sebarang komen sehingga hasil siasatan akhir diumumkan.

Topic Berkaitan
#Jeju Air
#Boeing
#struktur konkrit
#hujung landasan
#Kim Eun-hye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan