awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Total lockdown' pilihan terakhir kerajaan - Redzuan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/11/2020
03:20 MYT
COVID-19: 'Total lockdown' pilihan terakhir kerajaan - Redzuan
MOHD REDZUAN: Sekiranya 'total lockdown' dilaksanakan, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Cadangan total lockdown hanya pilihan terakhir dalam usaha menangani COVID-19 susulan kejayaan Malaysia sebelum ini mengawal wabak tersebut menerusi mekanisme pengurusan krisis yang baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata sekiranya total lockdown dilaksanakan, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi.
Jadi, kerajaan, katanya, membuat kawalan yang seimbang melalui kaedah pencegahan dengan membudayakan norma baharu.
"Total lockdown atau perintah berkurung tidak perlu dilaksanakan kerana kita dalam peringkat pemulihan dan exit policy seperti yang saya sebutkan tadi.
"Mekanisme pengurusan krisis negara yang telah dilaksanakan ini berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengelakkan fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban dengan jumlah kes yang terlalu tinggi.
"Sekiranya total lockdown ini dibuat, ia akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi," katanya di Parlimen di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai kewajaran kerajaan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown ekoran peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menjelaskan kerajaan membuat kawalan yang seimbang melalui keadah pencegahan yang terbaik iaitu dengan membudayakan dan mengamalkan normal baharu.
Katanya, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKP berikutan kerajaan pada ketika itu belum lagi memperhalusi kaedah-kaedah yang sewajarnya dibuat bagi menangani masalah penularan wabak COVID-19.
"Ketika itu, kerajaan sedang dalam fasa work in progress mengkaji prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diguna pakai bagi menjalankan aktiviti dengan memberikan kesimbangan kepada aktiviti ekonomi, fizikal dan sosial," kata Mohd Redzuan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#total lockdown
#perintah berkurung
#Mohd Redzuan Md Yusof
#kesihatan mental
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan