[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

COVID-19: Tujuh kluster baharu dikenal pasti, kebanyakan berkaitan tempat kerja

Hilmi Malik 02/02/2021 | 11:58 MYT
Tujuh kluster baharu yang dilaporkan melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tujuh kluster baharu telah dikenal pasti melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Berikut perincian setiap kluster tersebut:

KLUSTER JALAN RAGUM

- Melibatkan daerah Klang dan Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 16 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 542 individu disaring, 219 kes positif.

KLUSTER BUKIT RAHMAN

- Melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 31 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 2,800 individu disaring, 48 kes positif.

KLUSTER PARIT JAMIL DARAT

- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 189 individu disaring, 26 kes positif.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS

- Melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 2 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 823 individu disaring, 332 kes positif.

KLUSTER SEMARAK BERSIA

- Melibatkan daerah Hulu Perak, Perak.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan kontak rapat.
- Seramai 58 individu disaring, 19 kes positif.

KLUSTER TAMAN MUHIBBAH

- Melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan, Pahang.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 47 individu disaring, 14 kes positif.

KLUSTER INDUSTRI SERKAM

- Melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah, Melaka.
- Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 1,700 individu disaring, 69 kes positif.

BACA: COVID-19: 21 kematian hari ini, tertinggi pernah direkodkan
#KKM #COVID-19 #kes positif #koronavirus #Kluster baharu