awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 21 kematian hari ini, tertinggi pernah direkodkan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/02/2021
10:41 MYT
COVID-19: 21 kematian hari ini, tertinggi pernah direkodkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan, 3,455 jangkita baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan 21 kematian iaitu jumlah korban tertinggi setakat ini akibat pandemik COVID-19.
Pertambahan 21 kematian itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia kini sebanyak 791 kes.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan, 3,455 jangkita baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini.
Jumlah jangkitan terbaharu COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan berbanding beberapa hari sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 47,847 kes," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ketika ini, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 222,628 kes.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Selangor masih mencatatkan negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 1,145 kes diikuti Johor (70 kes) dan Kuala Lumpur (619 kes).
Sehingga kini juga, sebanyak 327 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 145 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh terus catat peningkatan sebanyak 3,661 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 173,990 kes.
Topic Berkaitan
#ICU
#COVID-19
#koronavirus
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan