awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UiTM giat kesan, pastikan individu dalam majlis #MusaadahKhasSiswa jalani ujian saringan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
05/10/2020
15:00 MYT
COVID-19: UiTM giat kesan, pastikan individu dalam majlis #MusaadahKhasSiswa jalani ujian saringan
Langkah tersebut bagi memastikan semua individu yang terlibat dihindari daripada jangkitan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang giat mengesan dan memastikan semua individu yang turut serta dalam sebuah majlis bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk segara melakukan ujian saringan COVID-19.
Ia selepas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 pada Isnin menghadiri sebuah majlis bersama mahasiswa UiTM bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa pada Ahad.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, langkah tersebut bagi memastikan semua individu yang terlibat dihindari daripada jangkitan COVID-19.
“Sebagai tindakan pencegahan dan kawalan, saya telah mengarahkan semua individu yang ada kontak rapat dalam majlis bersama Menteri semalam menjalani ujian swab secepat mungkin sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelak sebarang kemungkinan.
“Saya peka dan ambil maklum kebimbangan warga universiti berhubung keadaan yang berlaku. Namun, saya ingin memberi jaminan kepada setiap warga dan pihak yang bersangkutan bahawa kita juga sudah mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan keadaan adalah terkawal," jelasnya.
BACA: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif COVID-19
Susulan itu, Dr Mohd Azraai bersama beberapa staf yang terlibat telah melakukan ujian saringan dan akan melalui proses kuarantin selama 14 hari bermula Isinin.
Pada masa sama, UiTM memaklumkan sudah mengambil langkah pelaksanaan sanitasi di kawasan yang berlangsungnya majlis tersebut dan meminta semua individu berkenaan melakukan ujian saringan.
Topic Berkaitan
#UiTM
#ujian saringan
#COVID-19
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Dr Mohd Azraai Kassim
#hal ehwal agama
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#ujian swab
#Universiti Teknologi MARA
#MusaadahKhasSiswa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan