NATIONAL
COVID-19: Vaksinasi pelajar sekolah dimuktamad hari ini
Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan membabitkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, hari ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan membabitkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, hari ini.
Sebaik keputusan mengenai perkara berkenaan dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.
Selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, mesyuarat itu juga akan membincangkan cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran COVID-19.
Pada Rabu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah bermula di Sarawak melibatkan 240,000 pelajar di seluruh negeri itu secara berperingkat.
BACA: Vaksinasi remaja: 375 pelajar sekolah di Sarawak jadi kumpulan pertama esok
BACA: Sarawak sedang perinci sediakan PPV khas atau guna sekolah vaksin remaja - Abang Jo
Vaksinasi kepada remaja akan diperluaskan apabila vaksinasi lengkap populasi dewasa di setiap negeri mencapai 80 peratus dan ke atas.

#Kementerian Kesihatan
#vaksinasi pelajar sekolah
#mesyuarat penyelarasan
#Majlis Keselamatan Negara