awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi remaja: 375 pelajar sekolah di Sarawak jadi kumpulan pertama esok

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
07/09/2021
13:58 MYT
Vaksinasi remaja: 375 pelajar sekolah di Sarawak jadi kumpulan pertama esok
Pelajar terbabit akan menerima vaksinasi secara berperingkat mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan di PPV KK Telaga Air. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Seramai 375 pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang dan Pusat Perlindungan Wanita Taman Seri Puteri di Kuching akan menjadi kumpulan remaja pertama menerima vaksinasi di negara ini, esok.
Menurut Pegawai Perubatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan (KK) Telaga Air, Dr Mohd Sulaiman Roslan, pelajar terbabit akan menerima vaksinasi secara berperingkat mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan.
“Kita akan vaksin mereka mengikut jadual yang telah kita tetapkan seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 3.30 petang dan perkara ini telah kita tetapkan bersama pihak sekolah dan ibu bapa serta penjaga pelajar berkenaan.
“Proses vaksinasi akan diadakan seperti biasa yang mana mereka akan mendaftar dan perlu disahkan oleh ibu bapa serta penjaga yang hadir sehingga selesai proses vaksin,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di PPV berkenaan pada Selasa.
Jelasnya ibu bapa perlu membawa salah satu dokumen identiti kewarganegaraan antaranya kad pengenalan atau sijil kelahiran atau pasport bagi pelajar bukan warganegara.
Menurut Dr Mohd Sulaiman lagi, bagi para pelajar yang pulang ke kampung halaman dan jauh dari lokasi PPV yang ditetapkan, mereka boleh memohon kepada pihak sekolah untuk menerima vaksin di PPV terdekat dengan kediaman mereka.
“Sekiranya terlalu jauh contohnya di Sibu, mereka perlu memberitahu kepada pihak sekolah dan kita akan menghubungi PPV terdekat untuk membenarkan mereka mendapatkan vaksin.
“Sementara itu, kita juga ada pasukan khas melibatkan pihak sekolah ‘School Health Team’ yang akan membantu pihak kesihatan untuk situasi seperti itu. Namun kita akan galakkan mereka untuk datang di PPV untuk memudahkan proses kemas kini MySejahtera,” kata beliau
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan bermula di Sarawak Rabu ini melibatkan 240,000 pelajar di seluruh negeri itu secara berperingkat.
Topic Berkaitan
#vaksinasi remaja
#Sarawak
#Kumpulan pertama
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan