IPOH: Seorang model warga asing memohon maaf kerana tidak menjalani proses kuarantin sebelum disahkan positif COVID-19.
Tindakannya dipercayai menjadi punca beberapa individu dijangkiti dan premis perniagaan dikunjunginya ditutup sementara untuk disanitasi.
Memetik laporan Sin Chew Daily, wanita berkenaan menerusi laman Instagramnya membuat pengakuan itu kerana tidak mahu orang lain menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri.
"Pertama sekali, saya benar-benar ingin mengatakan bahawa saya minta maaf kepada semua orang atas kecuaian saya sendiri.
"Saya menimbulkan kebimbangan dan masalah yang tidak sepatutnya dihadapi kepada semua orang yang terlibat.
"Di sini, saya tidak akan mencari alasan untuk menyelamatkan diri saya dan membuktikan bahawa saya tidak bersalah, kerana saya memang mengakui kesilapan itu.
“Saya sangat menyedari betapa seriusnya kesilapan saya ini dan saya berasa malu kerana telah menyusahkan mereka yang terlibat," tulisnya dalam bahasa Cina.
Wanita itu yang dikatakan seorang model dari China dan bekerja di Malaysia telah pulang ke Ipoh, Perak selepas pulang dari tempat lain pada 9 April lalu dan telah menjalani ujian saringan COVID-19 apabila dikatakan ada membuat kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.
Namun, apa yang menjadi masalah ialah apabila dia tidak menjalani kuarantin kendiri sebaik melakukan pemeriksaan ujian saringan tersebut.
Berikutan itu, dia telah mengunjungi beberapa tempat di Ipoh sebelum mendapat berita bahawa keputusan saringannya positif.
Menerusi catatan Faebooknya itu, rata-rata netizen dan penduduk di bandar Ipoh meluahkan rasa marah dan tidak puas hati serta menganggap kesilapannya itu sebagai kesalahan yang tidak boleh diterima.
Dia malah menyenaraikan tempat-tempat yang dikunjunginya dan dilaporkan premis perniagaan yang terlibat juga telah ditutup bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.
Ini adalah tempat yang dikunjunginya sebelum keputusan ujian saringannya menunjukkan hasil positif COVID-19:
Pada Jumaat, 9 April
8.40pm -10pm: Xiao Xiang Zi @ SOHO Ipoh
10pm - 11pm: The Alley @ SOHO Ipoh
Pada Sabtu, 10 April
11am - 12pm: Big Tree Foot @ Pasir Pinji
12pm - 1pm: BP Healthcare @ Ipoh
1pm - 2pm: Ba Wang Cha Ji @ Ipoh Parade
6pm - 7pm: MOI & KO Hair Studio @ SOHO Business Centre Ipoh
8pm - 9.30pm: Warehouse - A Food & Brew Company @ Taman Jubilee
10pm - 11.40pm: Viking Village Bar of Music @ Kampung Jawa
Faris Danial Razi
Wed Apr 14 2021
Rata-rata netizen dan penduduk di bandar Ipoh meluahkan rasa marah dan tidak puas hati serta menganggap kesilapannya itu sebagai kesalahan yang tidak boleh diterima. -Says
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Penghidap vitiligo mahu pecah stereotaip kecantikan, bukti mampu jadi model
Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan.
Pembunuhan Abby Choi: Suspek keenam berjaya ditahan
Polis berjaya menahan suspek keenam kes pembunuhan model dan selebriti media sosial, Abby Choi.
Proton eksport X50, X70 dan Saga ke Afrika Selatan buat pertama kali
Ia selepas menandatangani perjanjian untuk melantik CMH Group sebagai pengedar kenderaan Proton di negara itu pada April.
'Supermodel' Bella Hadid kongsi kisah dididik berpuasa sejak kecil, rai Aidilfitri
Dia akui apabila usianya semakin meningkat ditambah pula kesibukan dalam dunia hiburan dan sebagai peragawati menyebabkan dia semakin lalai menjalankan ibadah itu.
Meta Universe platform terbaharu usahawan kembangkan perniagaan ke alam metaverse
MU memberi tumpuan kepada tiga tonggak strategik yang merangkumi penyelesaian perusahaan Web3, akademi M.U dan pasaran dalam talian secara global.
Junta Myanmar bebas model kacak sokong protes prodemokrasi
Paing Takhon, 25, juga pelakon dilaporkan bergerak secara aktif semasa tunjuk perasaan besar-besaran selain mempromosikan bantahan itu di media sosial.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Selamat tinggal... berakhirnya era BlackBerry
Tindakan menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pernah dianggap teknologi canggih itu.
Perodua: Myvi baharu kini dibuka untuk tempahan
Myvi generasi ketiga Perodua telah menerima penambahbaikan dan kini dibuka untuk tempahan, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Bajet 2022: Kerajaan siap sedia lancar Model Pembangunan Belia 2030
Ia akan dibangunkan berdasarkan kepada aspirasi dan suara anak muda untuk pemerkasaan belia bagi tempoh 10 tahun ke hadapan.