KUALA LUMPUR:Menyediakan laporan harian dan maklumat terkini COVID-19 dalam masa kurang daripada empat jam setiap hari, adalah tempoh kritikal bagi pasukan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC).
Berkongsi cabaran aktiviti dan proses pengumpulan data COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.
"Data harian dikaji sehingga pukul 12 tengah hari dan mereka hanya ada tempoh masa kurang 4 jam untuk keluarkan laporan harian maklumat terkini setiap hari. Semoga segala urusan dipermudahkan. Insya-Allah," katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau, pagi ini.
Dalam hantaran yang sama Dr Noor Hisham turut berkongsi, hantaran Facebook yang dimuat naik seorang petugas CPRC Dr Mohamad Fadli Khairie, yang menceritakan peranan dan tugas pasukan itu.
Menurut Dr Mohamad Fadli dalam hantaran berkenaan, setiap hari tepat pukul 8 pagi, Ketua Pengarah Kesihatan akan mengadakan mesyuarat bersama semua pemegang taruh dalam pengurusan COVID-19 KKM termasuk pakar perubatan, bagi membincangkan isu semasa seperti perincian kes harian, kluster aktif, keadaan hospital dan klinik kesihatan serta sumber manusia, selain langkah yang perlu diambil.
"Tugas kami bermula daripada menerima perlaporan dan notifikasi kes positif dari pukul 12 tengah malam semalam hingga 12 tengah hari, pada hari ini.
"Setiap maklumat yang diterima akan diteliti untuk memastikan ketepatan dan kesahihan data. Setiap pesakit juga diberikan nombor kes sebagai 'de-identification' bagi membolehkan analisis data dan kerahsiaan data pesakit terjaga," menurut Dr Mohamad Fadli dalam hantaran itu.
Jelas beliau, setiap data kes positif yang disiasat akan dikenal pasti tentang maklumat sosiodemografi, kadar nilai kitaran ambang (CT value), punca jangkitan, jenis saringan dan risiko penyebaran kes terhadap masyarakat.
Selain itu beliau berkata, hubungan epidemik antara satu kes dengan kes yang lain, terutama apabila melibatkan hubungan antara negeri juga dikaji dan sekiranya ada, perbincangan dengan negeri dan daerah dilakukan untuk mengumumkan kluster tersebut.
"Waktu genting bagi kami antara pukul 4 dan 5 petang, sebelum sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, semua data perlu dimuktamadkan selain proses verifikasi agar tiada kesilapan. Semua proses perlu berlaku dengan cepat dan tepat.
"Menjadi cabaran apabila bilangan kes harian yang sangat tinggi menyukarkan urusan analisa data. Apa pun yang berlaku, zero error (kesilapan sifar) dan 100 peratus accuracy (ketepatan) sentiasa jadi matlamat kami," menurut beliau dalam hantaran itu.
Dr Mohamad Fadli berkata dengan data akhir itu, semua kes terlibat akan melalui proses geokod (geocoding) bagi klasifikasi mukim dan daerah, untuk digunakan pasukan aplikasi MySejahtera untuk 'hotspot tracking'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Dr Noor Hisham berkongsi cabaran proses pengumpulan data COVID-19 yang dilalui pasukan CPRC dalam menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.
AWANI 7:45 [10/05/2024] - Perubahan pendekatan pendidikan | Kajian Ilham Centre | Kelancaran operasi
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA.
Perkukuh teknologi ai sama kuat perhebat kualiti manusiawi, gesa PM.
Siapa menang? SIAPA kalah? Masyarakat india jadi penentu di Kuala Kubu Baharu.
Ada yang cuba masuk Mekah secara haram?
Perkukuh teknologi ai sama kuat perhebat kualiti manusiawi, gesa PM.
Siapa menang? SIAPA kalah? Masyarakat india jadi penentu di Kuala Kubu Baharu.
Ada yang cuba masuk Mekah secara haram?
Bantuan tunai tidak selesaikan isu bantut - CEO Arba Foundation
Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan berkata bantuan tunai yang diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dilihat tidak berjaya menangani isu bantut dalam kalangan kanak-kanak. Jelasnya, ibu bapa tidak melihat aspek makanan berkualiti sebagai lebih penting berbanding kos-kos asasi hidup yang lain seperti bil air dan elektrik. #DialogPoketRakyat
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal. #DialogPoketRakyat
‘Gaji naik, harga naik pada kadar sama’ ialah tahyul - Ketua Penyelidik DM Analytics
Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr. Zouhair Mohd Rosli berkata momokkan yang menyatakan sekiranya gaji naik, maka harga barang akan naik pada kadar yang sama ialah tahyul dan tidak benar. Jelasnya, kenaikan gaji pada hakikatnya akan memberikan manfaat kewangan yang besar kepada golongan berpendapatan rendah. #DialogPoketRakyat
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Pecutan saat akhir, penentu kemenangan
Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung Sabtu ini susulan kematian bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) mungkin berbeza dengan PRK sebelum ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
[TERKINI] 10 pekerja maut, letupan kilang
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu
Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, pertingkat penjagaan gusi
Systema pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan pelancaran inovasi terbaharu berus gigi.
Denda dan usir jika tiada permit
Lupakan niat mahu mengerjakan haji jika tidak ikut saluran betul atau tiada permit kerana kata dua oleh pihak berkuasa Arab Saudi kepada kumpulan ini ialah dikenakan penalti 10,000 Riyal dan diusir apabila tidak patuh dengan peraturan terbaharu mereka.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.