awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CPTPP tidak jejaskan hak, kepentingan Bumiputera - Azmin

Bernama
Bernama
28/11/2021
13:16 MYT
CPTPP tidak jejaskan hak, kepentingan Bumiputera - Azmin
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika sidang media selepas program Semarak Prihatin Selangor Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini. - Foto BERNAMA
KAJANG: Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan bahawa hak dan kepentingan Bumiputera tidak akan terjejas jika kerajaan meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Beliau menjelaskan terdapat 'cutoff policy' (dasar yang jelas) untuk melindungi hak dan kepentingan Bumiputera seperti yang terjamin dalam Perlembangaan Persekutuan ketika negara menandatangani perjanjian CPTPP pada 2018.
"Dalam perjanjian CPTPP di bawah Annex II (Langkah-langkah Tidak Patuh), disebut secara khusus bahawa hak dan kepentingan Bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan akan kekal dalam CPTPP.
"Saya telah memberikan secara terperinci peruntukan di dalam Annex II ini dan saya telah memaklumkan di Parlimen sebagai hujah untuk menyangkal dakwaan mana-mana pihak yang menyatakan kita berkompromi soal Melayu dan Bumiputera, itu tidak benar," katanya pada sidang media selepas Program Semarak Prihatin Negeri Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa agenda Bumiputera akan dikawal selia dan terhad berbanding hak Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan apabila CPTPP diratifikasikan.
Terdahulu, dalam program itu, Mohamed Azmin menyerahkan peruntukan bantuan kelulusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjumlah RM1.79 juta yang disampaikan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi menaik taraf beberapa kemudahan di IPD Kajang.
Menurutnya, bantuan tersebut akan digunakan untuk menambah baik 60 unit rumah kediaman anggota, Surau Al-Amin IPD Kajang dan Taman Seri Pengaman, Sungai Jelok serta Rumah Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Kajang.
"Kajang kini pesat membangun dan pastinya tenaga anggota polis memerlukan sokongan untuk bekerja dengan lebih efektif. Ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan (polis) dalam usaha mengawal penularan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CPTPP
#Azmin Ali
#hak bumiputera
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan