SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pegawai sains daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menukar keterangannya mengenai "petrol".
Peguam yang mengetuai pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.
"PW14 berkata beliau tidak mempunyai pangkalan data rujukan dan itulah sebab beliau menggunakan petrol baharu sebagai standardnya tetapi ketika dipanggil semula beliau berkata beliau ada pangkalan data rujukan.
Beliau berkata ia merupakan amalan beliau untuk menggunakan petrol baharu sebagai rujukan atau petrol standard dan ketika dipanggil kembali dan pemeriksaan semula beliau tercakap bahawa beliau ada rujukan petrol yang telah diluluhawa dalam pangkalan data beliau, katanya dalam hujanan balas di akhir kes pendakwaan hari ini.
Aznor Sheda datang ke mahkamah dua kali pada 2019 dan tahun ini selepas mendapatkan kaedah ujiannya. Beliau adalah satu-satunya saksi pendakwaan yang memberitahu mahkamah bahawa sampel pada dinding bilik Nazrin dibunuh mengandungi petrol.
Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata ahli kimia daripada Jabatan Kimia telah pergi ke premis terbabit serta mengambil sampel dan mendapati tiada kesan petrol.
"Itu amatlah penting. Orang kedua yang mendapati tiada petrol ialah pakar patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng (PW46). Beliau tidak mendapati ada bau petrol pada jasad semasa bedah siasat. Ia adalah sebahagian daripada bedah siasat.
"Kategori ketiga bukan manusia tetapi dua anjing -- tidak mengesan sebarang petrol dan pendakwaan gagal untuk memanggil pengendali anjing berkenaan atau menawarkannya. Ini adalah kesimpulan yang tidak lengkap kerana kami boleh mengemukakan fakta menarik menerusi beliau bagaimana memastikan anjing kendaliannya boleh mengesan sekiranya ada petrol.
"Mereka tidak memanggilnya. Kesimpulannya ialah sekiranya mereka memanggil pengendali anjing itu dia akan memberitahu adalah pasti tiada petrol di situ oleh kerana itu anjing saya tidak dapat mengesannya," katanya.
Muhammad Shafee selanjutnya berhujah pegawai-pegawai JBPM tidak dapat memberikan satu teori bagaimana kebakaran itu bermula.
"Pendakwaan tidak dapat menjelaskan bagaimana sampel A boleh rentung, kenapa itu juga bukan satu titik permulaan," katanya.
Balu Nazrin, Samirah Muzaffar, 47 dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 19 dan 16 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh Nazrin di kediamannya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi kesokan harinya.
Hujahan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim bersambung pada 22 April.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Muhammad Shafee selanjutnya berhujah pegawai-pegawai JBPM tidak dapat memberikan satu teori bagaimana kebakaran dalam kes kematian Nazrin (gambar) itu bermula. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah
Menurut ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan polis itu dibuat oleh kedua-dua pihak dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
Samirah Muzaffar dan dua remaja hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.
Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi
Berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.
Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.
Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor.
Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi
Nazrin yang merupakan jurugambar di IPD Petaling Jaya berkata beliau turut melihat darah di bawah dan sekeliling mayat tersebut.
Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman
Suspek yang ditahan reman itu merupakan adik ipar Nazrin dan suaminya.