awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CSO, kerajaan perlu adaptasi hubungan manusia atasi sebarang perselisihan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/02/2022
01:00 MYT
CSO, kerajaan perlu adaptasi hubungan manusia atasi sebarang perselisihan
Jelas Ahmad, berdasarkan pemerhatian, salah satu masalah utama di Malaysia ialah CSO sangat kritikal terhadap kerajaan secara terbuka.
KUALA LUMPUR: Mewujudkan hubungan baik antara kerajaan dan organisasi masyarakat sivil (CSO) sama seperti membina hubungan antara manusia, yang memerlukan kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti antara satu sama lain.
Justeru, Penolong Profesor, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Ahmad El-Muhammady berpendapat, terdapat beberapa isu yang terlebih dahulu perlu diselesaikan bagi membolehkan kedua-dua pihak menjalankan fungsi masing-masing sepenuhnya.
Jelas Ahmad, berdasarkan pemerhatian, salah satu masalah utama di Malaysia ialah CSO sangat kritikal terhadap kerajaan secara terbuka.
"Bukanlah maksud saya tidak boleh kritik, tetapi situasi ini perlu dibaiki, perlu dipulihkan dengan hubungan yang lebih mesra. Saya tidak mengatakan semua CSO sangat kritikal terhadap kerajaan, tetapi saya fikir sesetengah mereka begitu.
"Apa yang saya cuba katakan ialah jika CSO sering dilihat mengkritik kerajaan, ia akan menimbulkan defisit kepercayaan.
"Dari sini, akan muncul pula isu kurangnya interaksi yang menimbulkan rasa tidak percaya. Jadi bagaimana mahu bekerjasama?" katanya ketika bercakap dalam Policy Brief Launch and Webinar on NAPPCVE: Empowering The Role of Civil Society Organisations, pada Khamis.
Turut hadir dalam sesi itu ialah DCP Normah Ishak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Dwi Rubiyanti Kholifah, Setiausaha Agung Asian Muslim Action Network (AMAN), Aizat Shamsuddin, Pengasas dan Pengarah Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (INITIATE.MY) dan Dr Mukhriz Mat Rus, Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia.
Katanya, apa yang boleh dilakukan CSO pada ketika ini ialah penyusunan semula strategi bagi membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih aktif dalam komunikasi dua pihak.
"Terdapat keperluan untuk melakukan satu anjakan paradigma, CSO perlu melihat kerajaan sebagai rakan kongsi strategik, dengan mengadakan sesi libat urus dengan agensi kerajaan.
"Selain itu, perlu bersedia untuk meneroka kemungkinan kerjasama, memainkan peranan menyokong kepada mana-mana inisiatif kerajaan," ujarnya.
Menyentuh peranan yang dimainkan CSO dalam Pencegahan dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE), Ahmad percaya CSO turut diberi peluang dan diperkasakan dalam Pelan Tindakan Kebangsaan yang kini di peringkat akhir untuk disiapkan.
"Yang penting sekarang ialah memastikan kita ada sesuatu untuk ditawarkan. Tunjukkan bukti kemampuan, kita sudah lakukan itu dan ini. Tak boleh 'mari bincang dengan saya, saya boleh buat' tetapi buktinya tidak ada.
"Pelan Tindakan Kebangsaan kini di peringkat akhir penyediaan, dan saya boleh katakan tanpa ragu, peranan CSO adalah komponen penting. Saya telah melihat cadangan dan bagaimana peranan CSO diketengahkan serta diperkasakan," katanya lagi.
Kerajaan tahun lalu mengumumkan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan NAPPCVE bagi mengekang pengembangan fahaman keganasan secara domestik sebelum ia merebak menjadi ancaman keganasan dalam negara.
Topic Berkaitan
#organisasi masyarakat sivil
#kerajaan
#Pencegahan dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan
#NAPPCVE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan