awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca baik diramal sebelah pagi hari pengundian Sabtu ini

Bernama
Bernama
14/11/2022
23:45 MYT
Cuaca baik diramal sebelah pagi hari pengundian Sabtu ini
Suhu di seluruh negara diramal sekitar 22 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius pada hari tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Cuaca pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini diramal baik pada sebelah pagi di beberapa negeri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Jabatan itu dalam laman sesawangnya meramalkan tiada hujan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Bagaimanapun, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang terutamanya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta negeri-negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Putrajaya dijangka cuaca baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Labuan pula diramal mengalami ribut petir di beberapa tempat pada pagi dan petang.
Cuaca dijangka baik di Sarawak pada pagi Sabtu namun ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman di negeri itu pada waktu petang, manakala Sabah dijangka mengalami ribut petir di satu dua tempat pada pagi dan petang.
Suhu di seluruh negara diramal sekitar 22 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius pada hari tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#MetMalaysia
#hujan
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan