awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: 14 kawasan di Semenanjung pada tahap berjaga-jaga

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2024
16:02 MYT
Cuaca panas: 14 kawasan di Semenanjung pada tahap berjaga-jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 14 kawasan dalam Semenanjung Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 14 kawasan dalam Semenanjung Malaysia.
Dalam kenyataannya MetMalaysia berkata, antara 14 kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, dan Pendang di Kedah serta negeri Perlis.
Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut, dan Barat Daya di Pulau Pinang manakala Kuala Kangsar di Perak, dan Sepang di Selangor serta Beaufort di Sabah.
“Satu lagi kawasan di Semenanjung berada pada tahap dua (gelombang haba) iaitu Pokok Sena, Kedah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Jabatan itu juga memaklumkan, indikator bagi tahap berjaga-jaga adalah apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
“Tahap gelombang haba pula apabila suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, boleh rujuk di laman sesawang MetMalaysia,” ujarnya lagi.
- Sinar Harian
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Semenanjung Malaysia
#MetMalaysia
#tahap berjaga-jaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan