awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah PPUM cipta sejarah pemindahan hati bayi 4 bulan
Che Kem dan visi auteur: Membentuk kepimpinan wanita sebagai tindakan etika dalam Muzikal Paduka Cik Siti
Pempengaruh TikTok Athira Auni maut kemalangan motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Bomba Terengganu kenal pasti 20 kawasan risiko kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2021
01:06 MYT
Cuaca panas: Bomba Terengganu kenal pasti 20 kawasan risiko kebakaran
MD HILMAN: Sekiranya tidak dipantau secara menyeluruh kawasan ini, ia akan menyebabkan kebakaran besar; InsyaAllah kita telah pun bersedia. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersedia menghadapi insiden kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan kawasan hutan dan tanah gambut berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini.
Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kira-kira 20 lokasi yang berisiko berlakunya kebakaran telah dikenal pasti di seluruh negeri itu.
Ia merangkumi kawasan hutan di Lembah Bidong, Setiu, Dungun dan juga Kemaman.
"Kebakaran-kebakaran kecil telah dimulakan. Terutamanya oleh para peladang dan petani yang memulakan pembakaran jerami padi secara kecil-kecilan.
"Sekiranya tidak dipantau secara menyeluruh kawasan ini, ia akan menyebabkan kebakaran besar. InsyaAllah kita telah pun bersedia.
"Selain daripada (tugasan berkaitan penularan) COVID-19 seperti sanitasi dan sebagainya, dalam masa sama, kita telah pun membuat rondaan atau pemantauan kebakaran hutan," katanya.
Md Hilman berkata, sepanjang tahun lalu, tiada sebarang kes kebakaran terbuka dilaporkan di negeri itu.
Sekiranya pembakaran kecil tidak dipantau, ia boleh menyebabkan kebakaran besar. - Astro AWANI
Sekiranya pembakaran kecil tidak dipantau, ia boleh menyebabkan kebakaran besar. - Astro AWANI
Bagaimanapun, bermula Februari lalu, keadaan cuaca mulai panas dan persediaan untuk pertanian sudah dimulakan dan timbul kebarangkalian berlakunya kebakaran kebun dan hutan.
Menurutnya, pembakaran secara terbuka tanpa kawalan boleh menyebabkan kebakaran hutan berskala besar yang membabitkan kos yang tinggi, aset yang banyak seperti jentera berat serta helikopter dan kekuatan anggota yang ramai untuk memadamkan kebakaran.
Sementara itu, Md Hilman berkata, bagi kebakaran secara semulajadi, peratusannya amat kecil kecuali terdapat sumber lain seperti tindak balas bahan kimia.
Kebanyakan kebakaran berlaku disebabkan kerja pertanian atau pembuangan puntung rokok, tambahnya.
Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan boleh menyebabkan kebakaran hutan berskala besar yang membabitkan kos yang tinggi serta aset yang banyak. - Astro AWANI
Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan boleh menyebabkan kebakaran hutan berskala besar yang membabitkan kos yang tinggi serta aset yang banyak. - Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#PKP
#cuaca panas
#kebakaran
#perintah kawalan pergerakan
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan