awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NIOSH sedia bantu perkukuh pengurusan risiko gas, bahan kimia berbahaya
[TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat hingga 25 Jan - MetMalaysia

Bernama
Bernama
18/01/2026
07:22 MYT
Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat hingga 25 Jan - MetMalaysia
Berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Jan ini.

Ringkasan AI
  • Cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan Malaysia sehingga 25 Januari, khususnya utara Semenanjung dengan suhu mencecah 34 darjah Celcius. Ribut petir dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung.
  • Orang ramai disarankan untuk merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat cuaca terkini. Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikeluarkan untuk kawasan perairan negara bermula 21 hingga 25 Januari.
  • Angin kencang timur laut dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan di Malaysia boleh mencapai kelajuan 40 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi sehingga 4.5 meter, membahayakan aktiviti perkapalan, rekreasi laut, dan sukan laut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
"Bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku, terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Jan.
Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut hantaran itu.
Sementara itu, amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut MetMalaysia.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jangkaan cuaca di kebanyakan kawasan seluruh negara mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)? A: MetMalaysia menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Januari.
  • Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia berkenaan dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora? A: MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Januari.
  • Q: Apakah kesan angin kencang yang dijangka oleh MetMalaysia terhadap aktiviti perkapalan dan pantai? A: Keadaan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#ribut petir
#kurang hujan
#angin kencang
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan