SEREMBAN: Paras air di semua empangan di negeri ini dalam keadaan baik iaitu melebihi 90 peratus meskipun daerah Jempol di sini menjadi antara dua kawasan yang merekodkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) selain Padang Terap di Kedah.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata walaupun cuaca panas mencecah 35 darjah Celsius, negeri ini menerima hujan lebat pada sebelah petang hampir setiap hari.
Bagaimanapun, beliau berkata penduduk di Jempol tetap dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mengurangkan aktiviti luar ketika panas terik.
"Keadaan air di semua empangan baik, sama-sama kita mendoakan negeri ini tidak terjejas akibat cuaca panas ini.
"Hujan hampir setiap hari di sebelah petang, Insya-Allah bekalan air mencukupi buat masa ini. Saya juga tidak menerima laporan mengenai petani atau penternak yang terkesan akibat cuaca panas ini," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata sekolah juga akan ditutup jika suhu panas melebihi 37 darjah Celsius berlaku tiga hari berturut-turut seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, seorang penternak, Karib Mohd Salleh, 66, berkata kira-kira 500 ternakan lembu dan kerbau miliknya di Felda Serting Ulu dalam keadaan baik walaupun cuaca panas terutamanya pada tengah hari.
Katanya walaupun cuaca panas, kawasannya itu menerima hujan pada sebelah petang hampir setiap hari.
"Setiap pagi saya akan memberi makan ternakan saya...kawasan ternakan juga berdekatan dengan sungai jadi tiada masalah untuk lembu dan kerbau mendapatkan minuman," katanya kepada Bernama.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.
Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Aminuddin berkata walaupun cuaca panas mencecah 35 darjah Celsius, negeri ini menerima hujan lebat pada sebelah petang hampir setiap hari. - Fail/BERNAMA
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Cuaca panas: JBS Kelantan tiada masalah anjur Program Larian Lebaran
Kedua-dua acara dimulakan seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir dalam tempoh sejam bertempat di AEON Mall Lembah Sireh.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.