Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan cuaca panas dan kering yang berterusan di beberapa negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.
Selain itu, katanya bekalan air minuman bersih perlu dipastikan mencukupi, menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan dan membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
"Sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas," katanya.
KPM berkata jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah juga hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan langkah-langkah itu oleh pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing.
"Semua sekolah perlulah diingatkan agar lebih peka akan bahaya cuaca panas dan mengambil tindakan berdasarkan prosedur operasi standard sedia ada," katanya.
KPM berkata pihaknya akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena yang dialami ketika ini.
Bernama
Thu Feb 14 2019
KPM meminta pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan cuaca panas. -Gambar fail
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Semua 31,600 jemaah haji Tabung Haji tahun ini akan masuki Raudah
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini berpeluang memasuki Raudah, salah satu tempat suci yang menjadi rebutan untuk dikunjungi semasa berada di Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.
IRC 2024 tarik penyertaan 800 peserta tangani isu inovasi keselamatan digital
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia.
Universiti perlu bentuk kelantangan mahasiwa
Orientasi sesebuah universiti perlu berubah bagi membentuk karakter mahasiswa yang lebih lantang bersuara.
Risiko rendah, perlu strategi capai matlamat
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berpendapat, kriteria ESG boleh disepadukan bersama strategi pelaburan lain seperti Smart Beta.
Rasionalisasi subsidi solusi terbaik elak risiko pelarasan gaji penjawat awam
Antara lain tambah Pakar Ekonomi, komunikasi yang efektif sangat penting dalam menangani risiko ini, terutama dalam konteks penyesuaian subsidi seperti subsidi minyak.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
[TERKINI] 3 mayat tragedi kepala air Lembah Maksina dijumpai
Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai tiga mayat yang dipercayai lemas akibat dihanyut kepala air di Lembah Maksina dekat Lahad Datu.
Status arahan lanjut kes bella ditetapkan 20 Mei
Mahkamah Majistret Batu Pahat menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya, Mila Sharmila Samsusah atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Seorang maut dalam kebakaran flat di Singapura
Seorang maut dalam kebakaran di sebuah flat di Lorong Limau pada awal pagi Isnin, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
'Terdapat ramalan tahun ini paling panas selepas 1998' - Nik Nazmi
Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.