awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Tiada penangguhan kuliah, aktiviti luar pelajar IPT

Bernama
Bernama
06/05/2023
08:14 MYT
Cuaca panas: Tiada penangguhan kuliah, aktiviti luar pelajar IPT
Sesi kuliah dan aktiviti luar termasuk sukan akan berjalan seperti biasa dan sebarang keputusan berhubung penangguhan itu akan dibuat berdasarkan keadaan semasa. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Tiada penangguhan sesi kuliah dan aktiviti luar bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan fenomena cuaca panas ketika ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata sesi kuliah dan aktiviti luar termasuk sukan akan berjalan seperti biasa dan sebarang keputusan berhubung penangguhan itu akan dibuat berdasarkan keadaan semasa.
"Jika keadaan semakin teruk, mungkin aktiviti luar sahaja (ditangguh), yang lain (seperti sesi kuliah) berjalan seperti biasa.
"Kita bergantung kepada keadaan, seperti aktiviti sukan, pelajar IPT bukanlah wajib dan kegiatan itu pilihan masing-masing, tidak seperti sekolah semuanya diatur," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Ria Aidilfitri Veteran UMNO di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada KPT akan menangguhkan sesi kuliah dan aktiviti luar di IPT berikutan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#IPT
#KPT
#Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan