Tragedi bot terbalik Isnin lepas di Kelantan yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa (ada yang masih hilang) adalah peringatan tragik mengenai keperluan mengambil langkah penuh hati-hati apabila turun ke perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor.
Ramai nelayan berpengalaman di empat negeri itu menyetujuinya.
Ribut petir secara tiba-tiba yang membawa ombak besar pada pukul 8.00 malam semasa kejadian, membadai bot yang membawa 20 orang yang berada di laut untuk memancing menyebabkan ia terbalik. Dua belas daripada mereka diselamatkan, namun enam ditemukan lemas, dan dua masih hilang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata Monsun Barat Daya yang sinonim dengan musim panas kering, tidak seharusnya dipandang enteng oleh nelayan dan mereka yang berhasrat turun ke laut, kerana ribut petir boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa, yang menyebabkan angin kuat dan gelombang besar.
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata ribut petir dan keadaan laut ini boleh menjadi amat berbahaya kepada semua bot.
"Kejadian ribut petir biasanya berlaku di sebelah petang atau malam disebabkan pergerakan awan dari darat ke laut, dan apabila terdapat pemusatan angin di Laut China Selatan," katanya kepada Bernama.
"Kami sentiasa memantau cuaca serta gelombang ombak di laut dan mengeluarkan amaran apabila terdapat perubahan penting dalam corak cuaca," katanya.
Jailan berkata Isnin lepas, MetMalaysia mengeluarkan amaran pada pukul 5.55 petang mengenai ribut petir dan laut bergelora di perairan negra.
Enam yang mati lemas dalam kejadian Isnin lepas itu terdiri daripada Mohd Syahrizan Daud, 40an; Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19; Wan Aminudin Wan Hussin, 60an; seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50an; Ahmad Syafiq Che Alim, 30, dan Harun Daud, 57. Dua lagi yang masih hilang ialah Arman Ismail, 43; dan Che Wadi Bakar, 40an.
Beberapa nelayan pantai timur yang ditemui mengakui bahawa cuaca baik di laut, boleh berubah menjadi ribut petir secara tiba-tiba, menjadikan mereka terpaksa bergelut menyelamatkan diri.
Beberapa nelayan ini mendakwa ribut petir dan laut bergelora biasanya berlaku sebelum musim monsun tiba.
"Kami sedar bahawa ribut petir dan laut bergelora mula berlaku sekitar dua minggu lepas," kata Idris Kancil, nelayan berumur 51 tahun yang ditemui di Jeti pendaratan Ikan di Kuala Kemasin, di Bachok,
Idris, yang telah turun ke laut sejak berumur 15 tahun lagi dan kini memiliki boat Kelas A berkata, ribut secara tiba-tiba boleh jadi berbahaya bukan sahaja kepada kaki pancing, malah ia juga berbahaya kepada nelayan berpengalaman.
"Nelayan berpengalaman seperti kami juga boleh terperangkap sekiranya kami tidak mengendahkan amaran cuaca yang dikeluakan oleh Jabatan Meteorologi," katanya.
Seorang lagi nelayan, Ismail Isa, 54, berkata nelayan, menerusi pengalaman, memahami cuaca dengan baik.
"Biasanya kita akan tahu apabila ribut bakal melanda dengan melihat ke langit, keadaan angin dan matahari. Sukar untuk saya jelaskan tapi bagi yang sudah masak dengan keadaan di laut, kita boleh rasakan bila masanya laut akan bergelora dan angin menjadi kencang," katanya.
Bagi Pengerusi Persatuan Nelayan Kuantan, Talib Husain, 62, katanya keadaan cuaca yang tidak menentu adalah kebiasaan yang berlaku pada pertengahan tahun, terutama di waktu malam; menyebabkan nelayan perlu mengambil langkah berwaspada sebelum turun ke laut.
"Keadaan ribut di laut memang lebih berbahaya daripada yang biasa berlaku di darat kerana nelayan berada di permukaan terbuka. Lazimnya nelayan akan memastikan keadaan bot adalah selari dengan ombak jika berada dalam keadaan itu.
"Bagaimanapun, lebih baik untuk menangguhkan niat untuk ke laut jika sudah tahu ribut akan melanda, tapi ia tidak mudah jika kita sudah berada di laut atau turun pada waktu malam kerana keadaan gelap," katanya.
Bagi nelayan Beserah di sini, Ramli Mohammad, 45, katanya keadaan cuaca yang gelap dua hari lepas menyebabkan dia membuat keputusan untuk tidak turun ke laut dan beliau bersyukur kerana 'nalurinya' tepat apabila kawasan laut dilanda ribut.
Berdasarkan kepada pengalaman sebagai nelayan sejak lebih 11 tahun lepas, beliau tahu ribut angin barat atau angin selatan itu boleh mengambil masa selama sejam sebelum reda, menyebabkan beliau enggan ke laut jika melihat keadaan cuaca yang gelap.
Seorang nelayan Terengganu, Mohd Rusdan Mamat, 47, berkata beliau memberi keutamaan kepada keselamatan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan apabila hendak turun ke laut.
"Saya rujuk kepada ramalan cuaca di internet, walaupun ia mungkin tidak seratus peratus tepat, ia membolehkan kita membuat persiapan untuk sebarang kecemasan. Bagaimanapun jika cuaca buruk, saya tidak akan ke laut," katanya kepada Bernama.
"Cuaca di laut sukar diramal, ia boleh berubah dengan sekelip mata, bagaimanapun dengan peralatan kecemasan yang mencukupi, nelayan boleh berlindung di tempat yang selamat," katanya kepada Bernama.
Wan Mat Zuki Wan Ali, 40, yang menjadi nelayan sejak meninggalkan sekolah 23 tahun lepas berkata beliau tidak akan ke laut sekiranya kaki langit nampak gelap, dan beliau boleh meninjau keadaan angin di darat.
"Perkara terbaik yang perlu dilakukan apabila merasakan ribut akan melanda ialah dengan mencari tempat perlindungan di pulau berdekatan, seperti Pulau Perhentian atau Pulau Redang," katanya dan menambah beliau akan memastikan pelbagai peralatan perlu di sediakan, seperti jaket keselamatan dan telefon bimbit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
Nelayan berpengalaman juga boleh berdepan masalah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. - Gambar fail
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
413 mangsa banjir berada di tiga PPS di Sarawak
PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
Ramalan hujan, ribut petir dalam tempoh lebih panjang di utara Semenanjung
Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Selat Melaka sehingga esok dan luruan monsun lemah sehingga Khamis ini.
PRK Jepak: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon esok
Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak esok, diramal cerah pada sebelah pagi.
Fenomena El Nino dijangka lebih ekstrem susulan pemanasan global - Nik Nazmi
Lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak terhadap corak cuaca terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya.
Cuaca tidak menentu, penyakit padi antara faktor bekalan beras tempatan terganggu
Cuaca tidak menentu dan penyakit padi sepanjang musim tuaian yang lepas iaitu antara April sehingga Ogos, menyebabkan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sedikit 'terganggu' di pasaran.
PRK Johor: Peratusan keluar mengundi rendah di Pulai kerana cuaca - SPR
Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada PRK Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
PRN: Cuaca cerah di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal pagi ini
Cuaca pagi ini rata-rata dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.