KUALA LUMPUR: Seorang bapa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan, awal bulan ini.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Amirul Hakim Muhamad Fadzil, 27, ejen insurans pada prosiding pendengaran fakta kes dan hukuman hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda dan dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun berserta cagaran RM5,000 dengan seorang penjamin selain diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam bermula hari ini.
Pada 31 Jan lalu, Amirul Hakim mengaku bersalah atas pertuduhan dengan cuai sehingga menyebabkan kematian anak lelakinya itu akibat kecederaan di bahagian kepala, di sebuah rumah di Flat Sri Langkawi, Gombak di sini, pada 4.15 petang, 3 Jan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 15 Nov 2022, jam 3 petang, ketika tertuduh sedang solat dalam sebuah bilik, bayinya yang berada di dalam buaian terhempas ke lantai selepas spring buaian itu terputus dan doktor yang merawat mangsa mengesahkan bayi berkenaan patah paha kanan serta diberi ubat demam.
Selepas kejadian itu, tertuduh membawa anaknya pergi berurut dan kaki mangsa boleh diluruskan, namun mangsa diserang sawan sebanyak dua kali iaitu pada 30 Nov 2022 dan 3 Jan lalu.
Semasa diserang sawan pada 3 Jan, bayi itu didapati lembik serta tiada maklum balas dan semasa tertuduh membawa anaknya ke klinik, tangan kiri tertuduh terlanggar grill besi dan kepala anaknya terkena bingkai kayu pintu hadapan rumah. Doktor di klinik itu yang membuat bantuan awal pernafasan (CPR) mengesahkan anaknya kebiruan serta perlu segera dirujuk ke hospital.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tunku Azizah, Cheras, dengan ambulans lalu dimasukkan ke Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) dan disahkan mengalami patah tulang selangka kanan selain mempunyai kesan gigitan pada pipi, sebelum meninggal dunia pada 6.22 petang hari sama (3 Jan).
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh serta ibu bapa lain supaya tidak cuai dalam menjaga anak-anak di rumah selain berhati-hati semasa mengendalikan anak kecil agar kejadian sedemikian tidak berulang.
Amirul Hakim yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda bawah RM10,000 kerana dia menanggung isteri dan ibu bapanya selain mengakui kesilapannya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023

Amirul Hakim (kanan) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan, awal bulan ini. - Foto BERNAMA

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Cuai: Bapa didenda RM10,000 sebabkan kematian bayi tiga bulan
Seorang bapa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan, awal bulan ini.