awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2025
07:50 MYT
Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Tular dalam media sosial sejak pagi Jumaat rakaman video dipercayai tindakan seorang lelaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim memberitahu, suspek akan dibawa ke Mahkamah majistret Kuala Kubu Bharu pada Sabtu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tular dalam media sosial sejak pagi Jumaat rakaman video dipercayai tindakan seorang lelaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Beberapa video dipercayai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan memaparkan lelaki berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu ketika jemaah masjid sedang menunaikan solat.
Ahmad Faizal dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat untuk tampul membantu pihak polis.
Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#video tular
#Kanak-kanak
#masjid
#terkini
#kes cabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan