awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba seludup pistol, dua pasangan suami isteri ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2016
10:30 MYT
Cuba seludup pistol, dua pasangan suami isteri ditahan polis
Cubaan dua pasangan suami isteri untuk menyeludup sepucuk pistol ke negara ini berjaya digagalkan polis. - Gambar Astro AWANI
Cubaan dua pasangan suami isteri untuk menyeludup sepucuk pistol ke negara ini berjaya digagalkan polis.
Mereka ditahan sepasukan anggota polis sewaktu membuat rondaan di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pekan Changlun, Kedah pada 10:40 malam Ahad.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff memberitahu, anggotanya curiga dengan kelibat dua pasangan yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dan BMW lantas menahan mereka.
Pemeriksaan pada Perodua Myvi membawa kepada penemuan sepucuk pistol berwarna hitam jenis CZ1000 cal 9mm Luger, dibalut dengan kertas surat khabar yang disembunyikan dalam beg silang berwarna kelabu.
Beg yang disorok di lantai tempat duduk belakang juga mengandungi satu kelopak peluru yang turut mengandungi 30 butir peluru hidup.
Pistol terbabit dipercayai dibeli dengan harga RM3000 di Thailand.
Kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 41 tahun yang berasal dari Perak dan Selangor dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
Dua daripada empat suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, samun dan peras ugut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1972 dan Seksyen 8 A Akta Senjata 1960.
Topic Berkaitan
#asri yusoff
#Ketua Polis Kedah
#Seludup pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan