awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan bunuh diri: KKM tunggu maklum balas AGC

Bernama
Bernama
21/06/2022
09:10 MYT
Cubaan bunuh diri: KKM tunggu maklum balas AGC
Khairy berkata Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara itu perlu dimuktamadkan di peringkat AGC sebelum kerajaan membuat keputusan. - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan cadangan pindaan Akta 309 Kanun Keseksaan membabitkan moratorium (penangguhan) terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara itu perlu dimuktamadkan di peringkat AGC sebelum kerajaan membuat keputusan.
"Saya telah bangkitkan berkenaan moratorium ini dan Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara ini perlu mendapatkan pandangan dulu sama ada pembunuhan diri dapat decriminalised," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan Pengarah Hospital, di sini, hari ini.
Sebelum ini, KKM telah menghantar memorandum berkenaan moratorium terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri kepada Jemaah Menteri.
Memorandum itu merupakan usaha nyah jenayah cubaan bunuh diri dan langkah meminda atau memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan tingkah laku itu sebagai kesalahan jenayah.
Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati cuba membunuh diri boleh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#KKM
#KHAIRY
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan