awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan langgar lari, pemandu lori cedera dibelasah penduduk

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/03/2021
05:09 MYT
Cubaan langgar lari, pemandu lori cedera dibelasah penduduk
Azman Shariat berkata, suspek kini sedang menerima rawatan di Hospital Banding sementara penunggang motosikal yang patah tangan dan kedua-dua kaki turut ditempatkan di hopsital yang sama. - Gambar tular
KUALA LANGAT : Seorang pemandu lori mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk kepala dan leher dipercayai dibelasah penduduk setempat ketika cuba melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, di sini, petang Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang, suspek yang memandu lori dikatakan melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang penunggang berusia 21 tahun.
Mangsa ketika itu datang dari arah bertentangan iaitu dari Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sedang membelok ke simpang kiri.
Katanya sebaik sahaja lelaki itu dikepung orang ramai, suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan lorinya yang kemudian melanggar sebuah lagi motosikal serta sebuah kereta di belakangnya.
"Suspek mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, bahagian belakang badan serta di tangan dan kaki selepas dipukul penduduk setempat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Azman berkata, suspek kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting sementara penunggang motosikal yang patah tangan dan kedua-dua kaki turut ditempatkan di hopsital yang sama.
Sementara dua lagi mangsa katanya, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes itu ujarnya, disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#kemalangan
#langgar lari
#dibelasah penduduk
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#IPD Kajang
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan