ISKANDAR PUTERI: Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, terdapat cubaan anggota ajaran sesat berkenaan menyebarkan fahaman terbabit di daerah Kota Tinggi.
"JAINJ dapat maklumat ajaran ini cuba dibawa masuk ke Johor dan dikesan di Kota Tinggi. Kita tahu pergerakan mereka dan mahu beri amaran supaya segera berhenti sebelum tangkapan dilakukan.
"Menerusi siasatan yang dilakukan, mereka bukan orang Johor pun (cubaan sebarkan ajaran sesat) cuma penganutnya sahaja baharu cuba masuk ke Johor, namun kita sedang menyiasat dan mencegah perkara ini dari terus berleluasa,"katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Agihan Manfaat Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada Ahad.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada ajaran sesat itu cuba menjadikan Johor sebagai markas penyebaran, Mohd Fared berkata, mereka belum sampai ke tahap itu.
"Mereka belum sampai peringkat tubuhkan markas tetapi kita tahu mereka baharu masuk dan merisik untuk cari pengaruh bagi menyebarkan ajaran sesat itu. Pergerakan dan perkembangan kumpulan ajaran ini sentiasa diperhatikan.
"Cuma satu yang hendak dipesan kepada rakyat Johor adalah ajaran ini dibawa dari negara jiran dan orang (pengasas) itu juga bukan beragama Islam jadi mengapa kita nak percaya pada ajaran yang dibawanya serta nak bercerita tentang agama kita pula," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Fared turut memberi peringatan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ajaran sesat di negeri ini.
"Saya nak beri peringatan pada siapa juga yang terdetik nak sebarkan mana-mana pun ajaran yang bersalahan dengan Islam bahawa kita ada Sesyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
"Menjadi suatu kesalahan menyebarkan doktrin agama selain Islam. Berwaspada dan jangan dekati sebarang ajaran yang menyeleweng daripada Islam. Ia boleh didakwa di bawah enakmen itu malah boleh didakwa menerusi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya.
Sebelum itu pada 4 Ogos lalu tular video berdurasi tujuh minit 30 saat memaparkan seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.
Dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.
Menerusi video terbabit, terdapat dakwaan ajaran sesat tersebut sedang aktif di Kajang dan Johor.
Pada 8 Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 15 2022
Tangkap layar video majlis perhimpunan yang dianjurkan kumpulan ajaran Hadi Minallah di Langkawi pada Jun lalu. Gambar kecil: Mohd Fared
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Cubaan sebar ajaran sesat Hadi Minallah dikesan di Johor
Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.