awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu bekas presiden Kazakhstan ditemukan meninggal dunia di London

Bernama
Bernama
18/08/2020
02:30 MYT
Cucu bekas presiden Kazakhstan ditemukan meninggal dunia di London
Aisultan Nazarbayev. - Foto BERNAMA / Facebook
Cucu bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, ditemukan meninggal dunia di London pada hujung minggu, kematiannya disyaki akibat kegagalan jantung, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Isnin.
Aisultan Nazarbayev, 29, dikatakan mempunyai masalah penagihan dadah dan semakin lantang mengkritik tokoh politik terkemuka di negara kelahirannya. Pada Februari beliau mengaku mempunyai bukti rasuah besar antara Kazakhstan dan Rusia.
Di media sosial Facebook pada bulan yang sama beliau memohon suaka politik di United Kingdom (UK), kerana mendakwa diganggu ibunya, Dariga Nazarbayeva, puteri sulung Nursultan dan seorang tokoh politik berprofil tinggi di Kazakhstan.
Dakwaannya dinafikan kerajaan dan Aisultan pada 2017 mengakui dirinya berdepan masalah penagihan dadah.
Aisultan, cucu kesayangan datuknya dan pada satu ketika pernah diharapkan untuk menjawat jawatan tinggi. Pada 2009, beliau masuk ke Sandhurst, kolej tentera berprestij di UK dan pernah memegang jawatan di Kementerian Pertahanan ketika berusia awal 20-an.
"Keluarga saya sangat sedih dengan kehilangan Aisultan yang kami sayangi, dan kami mohon diberikan ruang pada masa yang sukar ini."
Menurut Daily Mail, Aisultan pernah menyertai akademi remaja bola sepak Chelsea.
Beliau juga dilaporkan membayar £2 juta untuk pemuzik Kanye West tampil pada majlis perkahwinannya dengan Alima Boranbayeva, anak perempuan ahli perniagaan Kazakhstan, pada 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aisultan Nazarbayev
#Bekas Presiden
#bola sepak
#Chelsea
#cucu
#Dadah
#Facebook
#Kazakhstan
#kritik
#media sosial
#meninggal dunia
#Nursultan Nazarbayev
#politik
#Rasuah
#Rusia
#suaka politik
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan