awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam

Bernama
Bernama
08/11/2017
09:22 MYT
Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam
AZIH: Kaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak disemak sejak lebih 10 tahun lepas.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata Ceupacs turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak disemak sejak lebih 10 tahun lepas.
"Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transformatif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi semua skim perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Azih berkata cadangan Cuepacs itu adalah berdasarkan kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan gaji dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.
Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan Ceupacs berpendapat kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat awam terutama mereka yang berkeluarga, katanya.
Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) , Cuepacs mendapat laporan bahawa sebanyak 48 peratus permohonan sehingga kini telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria gaji yang ditetapkan LPPSA.
Sehubungan itu, Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman LPPSA dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah idaman, kata Azih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azih Muda
#cuepacs
#imbuhan
#kos sara hidup
#Pekerja
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan