awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam

Wan Syamsul Amly, Norsiah Mohd Ramli
Wan Syamsul Amly, Norsiah Mohd Ramli
25/01/2016
06:10 MYT
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata pihaknya tidak pernah diajak berunding selain tidak dimaklumkan langsung mengenai isu pemotongan tersebut sebelum ini.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ini kerana CUEPACS tidak pernah diajak berunding selain tidak dimaklumkan langsung mengenai isu pemotongan tersebut sebelum ini.
"Ini berita tidak benar. Saya minta penjawat awam bertenang dan jangan mudah percaya dengan khabar angin media cetak dan elektronik yang tersebar luas mengenai elaun berkenaan.
"Kami juga telah mengesahkan perkara ini dengan pihak-pihak berkaitan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, laman media sosial dikejutkan dengan desas-desus yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pemotongan elaun 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional pada penyemakan Bajet 2016.
Pada masa sama, Azih turut menafikan sebarang pekeliling mengenai penangguhan pemilihan calon DG 44,48,52, dan 54 di kalangan warga pendidik yang dikatakan akan dikeluarkan akhir bulan ini.
"Perkara ini turut tidak dibincang sebelum ini dan sekiranya perkara ini benar, kita akan membantah sekeras-kerasnya. Kenaikan pangkat merupakan motivasi kepada penjawat-penjawat awam dan mereka yang sudah berada di gred tinggi sudah semestinya menunjukkan prestasi kerja yang baik.
"Ia adalah perkara yang sangat tidak patut jika benar desas-desus penangguhan itu benar-benar berlaku," katanya.
Topic Berkaitan
#Azih Muda
#Bajet 2016
#cuepacs
#Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan