awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM100 juta diperuntuk tahun ini bagi perluas rawatan dialisis peritoneal - Dzulkefly
BM, Sejarah wajib untuk pelbagai aliran bukan keputusan muktamad kemasukan ke IPTA - Zambry
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai pelancongan dikecualikan sehingga Jun 2021 - PM

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2020
08:51 MYT
Cukai pelancongan dikecualikan sehingga Jun 2021 - PM
Kerajaan memutuskan untuk mengecualikan cukai pelancongan bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021. Gambar hiasan
Pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 adalah antara langkah diputuskan kerajaan untuk mengaktifkan semula industri itu di negara ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu kerajaan juga memberi penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai ke atas industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan sehingga hujung tahun ini.
Langkah ketiga menurutnya adalah, pengecualian cukai ke atas perkhidmatan penginapan turut diberi mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan.
"Langkah keempat adalah, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara, yang telah diberikan (sebelum ini) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
"Sektor pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Justeru untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan, empat langkah cukai ini akan kita laksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek di sini pada Jumaat.
Selain itu, untuk membantu sektor pelancongan, Muhyiddin menjelaskan Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilai RM1 bilion akan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS sektor pelancongan agar terus berdaya saing dalam era normal baharu.
Katanya, perincian dana itu akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai depan.
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#COVID-19
#ekonomi
#industri pelancongan
#Muhyiddin Yassin
#pelancongan
#penerbangan
#PENJANA
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan