KOTA KINABALU: Kecurian air merupakan antara punca kekurangan bekalan air di beberapa daerah di Sabah sejak sekian lama, kata Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Edward Lingkapo.
Antara punca utama perkara tersebut terjadi adalah disebabkan kedegilan golongan pendatang tanpa izin (PATI) yang berterusan menyambung semula paip yang telah dipotong pihak berkuasa.
Jelas Edward, jumlah kecurian sehingga 8 juta liter sehari itu mampu menampung isu bekalan air di beberapa kawasan di Kota Kinabalu termasuk di University Utama Condominium dan University Conda Apartment.
"Kebanyakan kecurian berlaku di kawasan Sepanggar di mana ada kehadiran PATI dan setinggan-setinggan.
"Tidak kira sama ada mereka PATI ataupun rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan setinggan ini, enakmen (JANS) tidak membenarkan pihak kami mengeluarkan perkhidmatan kepada mereka disebabkan status tanah, serta status kewarganegaraan. Disebabkan itulah mereka mencuri air ini.
"Di sini kita ada masalah besar iaitu kita tidak dapat mengambil tindakan kerana ia berada di luar bidang kuasa kami," katanya dalam sidang media yang diadakan di Kota Kinabalu pada Isnin.
Menurutnya terdapat beberapa agensi penguatkuasaan yang perlu dilibatkan bagi membanteras aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut seperti polis, Jabatan Imigresen dan Pejabat Tanah.
Perkara mengenai usahasama tersebut, katanya, telah dibawa ke pengetahuan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.
"Ia di luar bidang kuasa kami sebab penangkapan dan pengusiran ini terletak di bawah bidang kuasa agensi lain. Saya telah terangkan kepada SKN dan juga agensi-agensi lain dan kita sedang dan akan berusaha menangani perkara ini.
"Sekiranya kita boleh elakkan daripada kecurian sahaja dan tidak termasuk kebocoran paip, kita anggarkan (boleh menyelamatkan) antara enam hingga lapan juta liter sehari.
"Dengan enam hingga lapan juta sehari ini boleh menampung kawasan pengguna berdaftar seperti UUC dan UCA sebenarnya, walaupun sekarang ini kita berdepan masalah pam yang rosak di Loji Rawatan Air Telibong I yang mengakibatkan keadaan jadi seteruk ini," jelasnya.
Tambah Edward, beliau memohon kepada semua pihak agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kecurian air kepada JANS dan agensi penguatkuasaan lain bagi tujuan pembanterasan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sebelum ini telah menjalankan usaha menbanteras aktiviti tersebut namun gagal ekoran kedegilan pihak tertentu yang menyambung semula bekalan air curi selepas pemotongan dibuat.
"Memang itu yang kita laksanakan, kita potong, malam mereka sambung semula.
"Kalau di Kampung Numbak itu satu sahaja, tapi kalau saya tidak silap ada terdapat enam kawasan setinggan yang besar, dan ada banyak lagi yang kecil-kecil.
"Sekiranya kita jaga malam, kami punya keselamatan pun terjejas sebab ada kalangan mereka ini yang memasang paip air yang disambungkan dengan talian elektrik.
"Jadi, jika kita potong sambungan, kita akan terkena renjatan elektrik dan ini menyebabkan usaha membanteras tersebut gagal dilakukan," jelasnya.
Jelas Edward lagi, setakat ini lebih RM500,000 telah dibelanjakan bagi melakukan kerja-kerja pemotongan paip curi di Kota Kinabalu.
"Seluruh Kota Kinabalu sahaja lebih RM500,000 dibelanjakan dan ia tidak termasuk daerah lain seperti Sandakan yang merekodkan kejadian kecurian tiga kali ganda berbanding Kota Kinabalu.
"Adakalanya kami merasakan ia menjadi satu perkara sia-sia kerana pada sebelah malam mereka akan menyambung semula paip curi tersebut.
"Seperkara lagi, kami juga bimbang tentang keselamatan kami kerana kawasan-kawasan ini boleh dikatakan 'gelap'.
"Saya amat berharap sekali lagi agar semua pihak dapat berkerjasama dalam hal ini kerana perkara yang sedang berlaku ini menafikan hak pembayar cukai dan hak sebagai pengguna berdaftar," tambahnya.
ENDS
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Nov 22 2021
Kebanyakan kecurian berlaku di kawasan Sepanggar di mana ada kehadiran PATI dan setinggan-setinggan. - Gambar hiasan
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di Gua Musang, Jumaat lepas.
Curi air: PATI, setinggan sambung paip antara punca jejas bekalan air di Sabah
Golongan pendatang tanpa izin (PATI) berterusan menyambung semula paip yang telah dipotong pihak berkuasa.
Ladang babi curi air bersih diserbu SPAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melakukan satu serbuan ke atas sebuah ladang ternakan babi di Kampung Tumbuk Pantai, Tanjung Sepat, di Sepang, Selangor siang tadi.
Isu kecurian air tidak benar, hanya salah faham
Terjadi kekeliruan dan salah faham terhadap perjanjian antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN) dan pihak syarikat.
Putera Arab Saudi gagal tunjuk bukti derma RM2.6 bil kepada Najib - KP SPRM
Putera Arab Saudi, yang dikatakan menderma wang sebanyak RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal mengemukakan dokumen sokongan.
Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air
Tidak sampai seminggu bekalan air haram dipotong, kilang yang sama kembali membuat penyambungan haram untuk mencuri air.