ALOR SETAR: Mencuri barangan keperluan ketika darurat akibat musibah banjir sememangnya berdosa, namun dosa itu terhapus sekiranya pemilik menghalalkan perbuatan itu.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup.
Menurutnya, bagaimanapun dari sudut pandangan agama, individu yang mencuri terlepas daripada menanggung dosa apabila pemilik memaafkan kesalahan dilakukan atas alasan yang munasabah.
“Ada maklumat yang mengatakan mangsa banjir mengambil makanan dari pasar raya dan memberi pula kepada mangsa banjir lain. Walaupun berniat baik namun caranya tidak betul.
“Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara walaupun matlamatnya adalah baik mahu bantu mangsa banjir, tetapi kaedahnya dengan mencuri adalah salah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan oleh syarikat korporat di Menara Zakat di sini, pada Isnin.
Baru-baru ini, tular di media sosial mangsa banjir memecah masuk dan mencuri barangan dalam premis kedai di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.
Berdasarkan laporan polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai berlaku, antaranya Mydin Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasar Raya Jimat bagi mendapatkan bekalan makanan akibat bantuan lewat disalurkan.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan, pihaknya menghalalkan perbuatan tersebut dengan niat individu terlibat tiada pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lewat dan bukan dengan niat sebaliknya.
ARTIKEL ASAL DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Mon Dec 27 2021
Syeikh Fadzil berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup. - Foto Sinar Harian
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Curi ketika darurat: Dosa terhapus jika pemilik halalkan - Mufti Kedah
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup.