IPOH: Cuti persekolahan tidak sepatutnya menjadi permulaan untuk anak-anak mengamalkan budaya tidak sihat seperti tidur dan bangun lewat, melepak serta berpelesiran hingga awal pagi.
Apatah lagi mengunjungi tempat hiburan yang kurang sihat hingga terdedah kepada kegiatan tidak bermoral, dadah dan jenayah.
Pesanan itu disampaikan menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dengan tajuk 'Cuti sekolah: Manfaatkannya dengan pengisian berfaedah'.
"Anak-anak yang pada kebiasaannya, berada di bilik darjah di bawah pengawasan guru, serta diberikan pelbagai kerja sekolah dan kerja rumah, tiba-tiba bersendirian, memiliki masa lapang yang banyak.
"Anak-anak yang kedua orang ibu bapa atau penjaganya bekerja, akan tinggal bersendirian, atau sesama adik beradik, paling tinggi diawasi kakak atau abang yang sedikit lebih tua, atau pembantu rumah," katanya.
Justeru katanya, dalam keadaan demikian, anak-anak akan terdedah kepada pelbagai pengaruh dan juga menghadapi pelbagai risiko, iaitu pelbagai ancaman dan bahaya.
Menurut teks itu lagi, anak-anak harus dijadualkan dengan kegiatan yang membuatkan mereka berasa rindu untuk mahu cepat kembali ke sekolah.
"Diadakan kegiatan yang melibatkan rakan sekolah datang ke rumah atau anak-anak berkunjung ke rumah mereka.
"Mengaturkan lawatan anak-anak ke pusat pengajian tinggi, muzium, pusat sains, pameran, perpustakaan dan kedai buku.
"Melanggan akhbar, majalah dan bahan bacaan dan menjanjikan hadiah kepada anak-anak jika mereka berjaya menjawab soalan kuiz atau menduga akal yang ditanya secara santai pada malam hari atau sambil memandu semasa anak-anak bersama dalam kenderaan.
"Membawa anak-anak menonton filem atau memperkenalkan mereka dengan rancangan televisyen yang dapat membantu meluaskan pengetahuan," katanya.
Selain itu katanya, anak-anak juga perlu diperkenal dan dididik dengan tanggungjawab terhadap rumah seperti membersihkan rumah, peralatan rumah, laman, kenderaan dan sebagainya dengan memberikan imbuhan.
"Semasa cuti anak-anak dibimbing mengenali tugas-tugas ringan seperti membersihkan barang dari pasar, menanak nasi, menyediakan minuman, menghidang makanan, membasuh pakaian ringan atau pakaian dalam, menyidai dan melipat kain dan sebagainya," katanya.
Di samping itu katanya, masa lapang anak-anak sebaiknya digunakan untuk memperkukuh anak-anak dengan pengisian rohani dan keagamaan.
"Membudayakan anak-anak solat berjemaah; mendengar, menyemak dan membetulkan bacaan al-Quran anak-anak melalui kelas yang diadakan di rumah, surau atau masjid.
"Menjinakkan anak-anak untuk memahami dan menyelami hikmah yang terkandung dalam al-Quran, juga memperkenalkan mereka kepada amalan sunat yang digalakkan.
"Melakukan pemeriksaan kesihatan anak-anak, merangkumi kesihatan gigi, berat badan, kandungan gula dan mendorong anak-anak untuk berdisiplin ketika makan, beriadah, menyertai latihan jasmani atau mempelajari seni mempertahankan diri secara berkumpulan.
"Menyerapkan pengertian silaturahim dengan membawa anak-anak menziarahi ahli keluarga, terutama yang lebih tua, seperti datuk nenek, bapa dan ibu saudara.
"Menyemai rasa kesyukuran dan keinsafan anak-anak dengan mengunjungi rumah orang tua, rumah anak yatim, dan orang miskin, sambil menghulurkan sumbangan dan pertolongan," katanya.
Jelasnya lagi, mereka juga perlu didedahkan dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan seperti kegiatan berkumpulan atau bergotong royong membersihkan kawasan rekreasi, persekitaran taman perumahan, kawasan sekolah, masjid dan surau.
Pesan teks khutbah itu lagi, ketika mendidik dan mengasuh anak-anak, ibu bapa hendaklah menjadi sebaik contoh teladan.
Justeru katanya, bimbinglah anak-anak dengan ihsan dan belaian kasih sayang selain belajar menjadi pendengar yang sabar untuk memahami keperluan mereka.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah meletakkan diri mereka sebagai insan yang paling dipercayai oleh anak-anak.
Aida Aziz
Fri Feb 24 2023
Masa lapang anak-anak sebaiknya digunakan untuk memperkukuh anak-anak dengan pengisian rohani dan keagamaan. - Gambar hiasan
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Papar gambar pemimpin politik dalam khutbah Jumaat, 4 pegawai JAIM kena tindakan tatatertib
JAIM mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawainya berhubung penggunaan gambar pemimpin politik pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri itu, minggu lepas.
Arab Saudi pendekkan tempoh khutbah Jumaat kepada 15 minit
Arahan itu juga termasuk menjadikan tempoh masa antara azan pertama dan azan kedua 10 minit dengan melambatkan waktu azan pertama.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di New York.
PM Anwar sampai khutbah Jumaat di masjid New York
Anwar ketuai delegasi Malaysia ke UNGA78 dan akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum, pada Jumaat.
HAWANA: Sultan Nazrin Shah perkenan pengamal media baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin juga telah menitahkan khutbah Jumaat itu bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok.
Sultan Perak perkenan guru diberi penghormatan baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri ini bertemakan "Guru Insani: Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun".
'Bukan halang atau susahkan aktiviti belajar agama'
Kebenaran tauliah bertujuan menutup sebarang anasir berbahaya terhadap kefahaman umat Islam di negara.
'Cuti sekolah bukan permulaan untuk anak-anak amal budaya tidak sihat'
Pesanan itu disampaikan menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak yang dikeluarkan oleh JAIPk.
PRU15: Perangi rasuah menerusi kertas undi, nilai watak, pendirian calon - Khutbah Jumaat
Masyarakat juga perlu membuktikan tekad itu dengan tidak membenarkan diri dibeli dengan sogokan wang.