KUALA LUMPUR: Kementerian Digital melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) telah meningkatkan kelengkapan kemudahan makmal keselamatan siber yang turut menerima akreditasi serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Timbalan Menterinya Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata sehingga kini CSM mempunyai 23 makmal bertauliah yang merangkumi Makmal Forensik Digital, Makmal Ancaman Siber, Makmal Penaksiran dan Penilaian serta Makmal Pembangunan Kriptografi.
"Fungsi baharu melalui perkhidmatan pre-emtif CSM yang memfokuskan kepada tindakan yang perlu diambil demi mengelak atau mengurangkan risiko masa hadapan sekiranya berlaku sebarang insiden siber, merangkumi aktiviti pengumpulan data dari sumber luar serta dalaman organisasi.
"Operasi teknologi pre-emtif CSM meliputi lima aspek iaitu analisis dark web (web tertutup), analisis serangan permukaan, pengumpulan data dan pengintegrasian data risikan, analisis sumber terbuka serta penyediaan platform perkongsian maklumat secara komprehensif," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ti Lian Ker mengenai kadar keberkesanan terkini kerajaan menangani ancaman serangan siber membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dan apakah inisiatif terbaharu yang dirangka bagi mempertingkatkan kadar keselamatan siber di negara ini.
Wilson Ugak turut memaklumkan sejak 2013 hingga 7 Mac 2024, sebanyak 215 program kesedaran telah dilaksanakan oleh agensi Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi meningkatkan kesedaran pengguna data dan rakyat mengenai Akta 709 bagi menjamin keselamatan data peribadi dalam transaksi komersial di negara ini.
Selain itu sebagai langkah interim sebelum pindaan Akta 709 diluluskan, beliau berkata JPDP telah memperkenalkan Notifikasi Ketirisan Data secara pentadbiran.
"Notifikasi ini hendaklah dikemukakan kepada JPDP oleh pengguna data yang menghadapi insiden ketirisan data peribadi termasuk ancaman penggodaman.
"Inisiatif ini membolehkan maklumat insiden dianalisa supaya langkah mitigasi dapat diambil pada kadar segera bagi membendung kebocoran selanjutnya serta mengawal kesan ketirisan berterusan," katanya.
Sehubungan itu, Wilson Ugak berkata kementerian menyokong cadangan penggubalan rang undang-undang baharu berkaitan keselamatan siber yang disediakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang akan dibentangkan dalam masa terdekat bagi memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Wilson Ugak memaklumkan sejak 2013 hingga 7 Mac 2024, sebanyak 215 program kesedaran telah dilaksanakan JPDP bagi meningkatkan kesedaran pengguna data dan rakyat mengenai Akta 709. - Gambar fail/Bernama
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Akademi Keselamatan Siber Malaysia bakal dilancarkan suku pertama 2025
MCSA merupakan antara inisiatif utama bertujuan mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat dan boleh dipercayai.
Gobind seru tetapkan standard siber yang seragam dalam ASEAN
Usaha sedemikian akan meningkatkan saling kendali di seluruh Asia Tenggara, memberikan manfaat kepada negara anggota ASEAN.
Gangguan perniagaan kekal sebagai kebimbangan utama risiko perniagaan di Malaysia pada 2025
Gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).