awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji tebal perangkap kenderaan, penduduk terkandas di Rusia
Ghislaine Maxwell akan beri keterangan kepada Kongres AS dalam siasatan Epstein
Platform global iktiraf Gobind antara 100 pemimpin AI kerajaan terbaik di dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah 385kg bernilai RM13 juta dirampas di Lebuhraya Utara Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/10/2025
03:10 MYT
Dadah 385kg bernilai RM13 juta dirampas di Lebuhraya Utara Selatan
Noor Hisam menunjukkan dadah yang dirampas kepada pihak media di perkarangan IPK Perak, Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Polis berjaya merampas dadah seberat 385 kilogram (kg) selepas mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sejauh dua kilometer di Lebuhraya Utara Selatan, dekat Slim River, pada Isnin.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, rampasan bernilai hampir RM13 juta itu adalah yang terbesar di Perak setakat ini.
Menurutnya, kira-kira jam 1.30 petang, sepasukan polis peronda lebuh raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman mengesan kenderaan jenis Honda Stream dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 375 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dan memintanya berhenti.
Katanya, suspek cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan sejauh lebih kurang dua kilometer.
“Kenderaan tersebut kemudiannya berhenti dan dua suspek terus melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
“Pemeriksaan yang dijalankan terhadap kenderaan tersebut telah menjumpai 15 guni yang mengandungi dadah disyaki jenis methamphetamine dengan anggaran berat 374kg, satu bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi dadah disyaki jenis heroin base dengan anggaran berat 11.28kg,” katanya dalam sidang media di pekarang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata, dadah yang dirampas disyaki untuk edaran di Lembah Klang yang boleh digunakan oleh hampir empat juta penagih.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis sedang memperhebatkan operasi untuk mengesan dua suspek yang melarikan diri.
Noor Hisam berkata, siasatan mendapati kenderaan MPV yang digunakan telah didaftarkan atas nama seorang wanita dan polis akan memanggil wanita berkenaan untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Lebuhraya Utara Selatan
#rampasan
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan