awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah: Dua warga asing, seorang wanita tempatan berdepan hukuman gantung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/10/2021
04:39 MYT
Dadah: Dua warga asing, seorang wanita tempatan berdepan hukuman gantung
Tiga individu yang dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, Narayanan, Puteri Adelia dan Hemamalani, dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki warga India bersama-sama seorang wanita Indonesia dan seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah, minggu lepas.
Tiada pengakuan direkodkan apabila pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap L Narayanan, 42 tahun, Puteri Adelia, 21 tahun, dan M Hemamalani, 26 tahun.
Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Melati Diyana Abdul Wahab.
Mengikut kertas pertuduhan, pembantu kedai runcit, Narayan, didakwa memiliki 62 kilogram (kg) dadah berbahaya jenis kanabis di sebuah rumah di Lahat Mines 1, Bandar Lahat Mines, Ipoh, kira-kira jam 5.15 petang, 4 Okt lepas.
Puteri Adelia dan warga tempatan, Hemamalani, pula dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas, mengedar dadah berbahaya jenis pil yaba seberat 161g di sebuah rumah di Laluan Lahat Mines 4, Bandar Lahat Mines, kira-kira jam 5.30 petang, hari yang sama.
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.
Mahkamah menetapkan 14 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam R Raja Segaran.
Rabu minggu lalu, Astro AWANI melaporkan tiga individu termasuk dua wanita dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah ditangkap selepas polis merampas ganja dan pil kuda bernilai RM276,102.50 dalam dua serbuan di Bandar Lahat Mines.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tangkapan suspek berusia 21, 26 dan 42 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
SUPER
IPOH, PERAK.
SHOTLIST:
Pekarangan mahkamah. Tertuduh dibawa masuk mahkamah. Tertuduh dibawa keluar ke lokap mahkamah.
Topic Berkaitan
#Dadah
#warga india
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan