awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah jutaan ringgit bolos melalui 'laluan tikus' di sempadan Kelantan-Thailand - Ayob Khan

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
23/05/2022
10:00 MYT
Dadah jutaan ringgit bolos melalui 'laluan tikus' di sempadan Kelantan-Thailand - Ayob Khan
Ayob Khan(tengah) mendengar penerangan sempena lawatan kerja beliau dan pemantauan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Pejabat Kastam Sungai Golok hari ini. - Foto Astro AWANI
RANTAU PANJANG: Pelbagai jenis dadah yang dirampas sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun lepas yang dibawa masuk melalui 'laluan tikus' di sempadan Kelantan-Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dadah berkenaan antaranya 2,219 kilogram syabu,, 1.6 juta biji pil yaba, 100 kilogram heroin, 44 kilogram ketamin dan 1,063 kilogram ganja.
Mengakui 'laluan tikus' sukar dikawal, Ayob berkata terdapat 136 laluan tikus yang berada di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand dikenal pasti masih aktif untuk aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
"Terdapat 136 pangkalan haram yang aktif, tadi sewaktu kita buat tinjauan betapa sukarnya untuk kita mengawal aktiviti penyeludupan ini bukan dalam konteks dadah sahaja tetapi juga melibatkan lain-lain bahan," katanya selepas membuat tinjauan di pintu sempadan ICQS Malaysia-Thailand, di Rantau Panjang, di sini, tengah hari tadi.
Sehubungan itu menurutnya, polis akan mempertingkatkan kolaborasi dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam bagi meningkatkan operasi dan kawalan termasuk pengedaran dadah di sempadan negara.
"Dengan lawatan hari ini, kita telah berbincang dengan pihak kastam untuk meningkatkan kolabrasi kita di antara PDRM, Jabatan Narkotik dengan pihak kastam. Mungkin kita dapat membantu pihak kastam dan pihak kastam juga dapat menyalurkan bantuan untuk kita mengambil tindakan," katanya.
Terdahulu Ayob bersama Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengadakan lawatan dan tinjauan di sempadan negara membabitkan sungai Golok di Tumpat, laluan haram dan kompleks ICIQ bagi melihat pengawasan yang dilaksanakan di pintu sempadan.
Ayob juga pada masa sama tidak menolak kemungkinan melaksanakan Ops Tapis siri seterusnya selepas Ops Tapis ketiga yang berjaya menahan lebih 2,000 tokan dadah sepanjang Januari hingga semalam.
Ditanya mengenai kerjasama dengan negara Thailand, beliau berkata, kerjasama sudah ada bukan sahaja dengan negara jiran (Thailand) tetapi juga dengan negara lain dalam usaha mengekang jenayah pengedaran dadah peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#penyeludupan
#laluan tikus
#Rantau Panjang
#ayob khan mydin pitchay
#Sungai Golok
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan