KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status digalakkan menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2022 (DPT BLN7/2022).
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 Sept melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.
"Selain itu semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata individu yang mendapati nama mereka tidak disenaraikan boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Sementara itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang berhasrat membuat bantahan ke atas sebarang kesilapan maklumat peribadi seperti nama dan alamat boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Ikmalrudin berkata Borang C dan D juga boleh dimuat turun menerusi portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan.
DPT BLN7/2022 yang diperakukan pada 15 Ogos dan diwartakan hari ini, mengandungi nama 40,989 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Ia juga mengandungi nama 13,481 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,116 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 September melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR.
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Daftar pemilih tambahan Julai 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 September melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR.
PRK Rantau: Proses pengundian berjalan lancar - Polis
Polis memberikan kawalan ketat terhadap semua pergerakan peti undi yang akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di SJKC Bandar Sri Sendayan, dekat sini untuk pengiraan undi.
SPR pamer 32,163 pemilih berstatus tidak aktif dalam rekod JPN
Nama pemilih berdaftar tersebut akan dipamerkan bermula esok sehingga 12 Nov.
Pengundian PRK Parlimen Port Dickson bermula
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata keputusan PRK berkenaan dijangka akan diumumkan pada pukul 10 malam ini di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.